Baki saingan perlawanan Kumpulan G, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sah ditunda ke bulan Jun.
Ia disahkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi Setiausaha Agungnya Datuk Windsor Paul John dimana lima pasukan, Malaysia, Indonesia, Thailand, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam telah memberi kata putus menerusi mesyuarat secara dalam talian bersama sama kesemua 40 pasukan lain.
Jelas Datuk Windsor, lima negara yang berada dalam kumpulan G bersetuju untuk menunda saingan ke bulan Jun berbanding jadual asal, pada bulan Mac dan kesemua perlawanan akan dilangsungkan secara berpusat.
Jadual melibatkan skuad Harimau Malaya adalah melibatkan pertemuan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 25 Mac sebelum melayan kunjungan Vietnam pada 30 Mac dan menamatkan pusingan itu berdepan Thailand pada Jun.
Malaysia hanya dipisahkan dua mata di belakang pendahulu Kumpulan G, Vietnam yang mengumpul 11 mata, sementara Thailand pada kedudukan ketiga (lapan mata), UAE keempat (enam mata) dan Indonesia di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.
AFC akan memulakan proses pemilihan venue pertandingan dimana surat pemakluman akan dikeluarkan kepada pasukan yang berhasrat untuk menjadi tuan rumah pada minggu depan.
Tambah Windsor lagi, pemilihan venue berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan AFC antaranya, pintu sempadan negara dibukan kepada pasukan dan pegawai perlawanan serta memiliki infrastruktur kesihatan dan kuarantin.