Aksi terakhir peringkat kumpulan A diantara Malaysia dan Jepun yang dijadual berlangsung pada hari ini dibatalkan atas faktor cuaca buruk.
Perlawanan yang dijadual berlangsung pada jam 4.30 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil ditunda ke jam 5.00 petang oleh pihak penganjur disusuli pengumuman kedua yang menyatakan perlawanan di tunda kali kedua dan akan bermula jam 5.30 petang.
Namun, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memutuskan untuk membatalkan perlawanan diantara Malaysia dan Jepun dan dilangsungkan pada Khamis, 27 September pada jam 11.00pagi.
Situasi ini jelas sekali mengecewakan lebih dua ribu penyokong yang hadir sejak jam 3.00 petang untuk memberi sokongan kepada skuad kendalian Lim Teong Kim.
Turut sama ditunda, satu lagi perlawanan kumpulan A melibatkan Thailand dan Tajikistan yang berlangsung di UM Arena.
Perlawanan diantara Malaysia dan Jepun merupakan aksi penting yang akan menentukan nasib skuad Harimau Muda negara untuk layak ke pusingan suku akhir sekaligus menghidupkan peluang untuk layak ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun di Peru tahun depan. KU MOHD LUFTI