Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengharapkan kemampuan individu yang ada pada pemain naturalisasi pertama yang dipanggil, Mohamadou Sumareh untuk membantu bahagian serangan kelak.
Pemain berusia 27 tahun itu dipanggil buat pertama kali untuk menyertai latihan pusat skuad Harimau Malaya bagai menghadapi tiga aksi persahabatan sebagai persiapan bagi kempen Piala AFF yang akan bermula bulan depan.
Sumareh bagaimanapun tidak hadir pada hari pertama latihan skuad kebangsaan pada Isnin di Melaka.
Namun, pemain kelahiran Gambia ini melaporkan diri lewat malam tadi selepas mendapat perlepasan daripada Persatuan Bolasepak Pahang.
“Kita mengharap Sumareh bermain dengan prestasi yang terbaik. Corak permainan dia agak berbeza ketika beraksi dalam Liga Malaysia keranalebih kepada individu untuk menembusi kubu lawan.
“Tetapi saya mahu lihat dia bermain sebagai satu pasukan dan itu adalah perkara yang ingin saya lihat nanti,”katanya lagi.
Dalam pada itu, Tan Cheng Hoe terpaksa menggugurkan tiga pemain disaat saat akhir dan memanggil Akram Mahinan bagi aksi persahabatan menentang Sri Lanka kelak.
“Tiga pemain terpaksa dilepaskan kerana kecederaan, iaitu Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Akram Mahinan dan Rawilson Batuil dan kita panggil Nik Akif Mahiran dan inilah barisan 22 pemain yang akan kita bawa,”,kata Cheng Hoe.
Selepas aksi menentang Sri Lanka, skuad Harimau Malaya akan kembali menjalani latihan pusat di Melaka sebelum menghadapi Republik Kyrgystan pada 16 Oktober di Stadium Hang Jebat, Melaka. KU MOHD LUFTI