Hasrat skuad bawah 15 tahun negara untuk mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam saingan Kejuaraan AFF B15 di Chonburi, Thailand tidak kesampaian apabila hampir dimalukan Laos sebelum kedua dua pasukan terikat satu sama sekaligus meraih satu mata.

Selepas berjaya mengejutkan pasukan yang dilabel sebagai pilihan Australia 3-0 pada Khamis, Malaysia terus bersemangat untuk memburu kemenangan keempat sekaligus memastikan kedudukan selaku pendahulu kumpulan B dikekalkan.

Namun, Laos yang turun dengan status underdog mengejutkan skuad kendalian P Maniam dengan gol di minit ke 33 menerusi jaringan Thipphachan Khambai.

Malaysia yang tampak terkejut dengan jaringan tersebut menggandakan asakan namun, setiap gerakan dan percubaan untuk menembusi kubu pertahanan Laos tidak berhasil.

Bagaikan tuah memihak Malaysia, dipenghujung perlawanan, ketika Malaysia bakal pulang kehampaan, kesilapan pemain pertahanan Laos, Thipphachan Khambai memberikan Malaysia keceriaan apabila bola melepasi jangkauan penjaga gol sebelum menggegar gawang untuk jaringan penyamaan.

 

 

Malaysia kekal menghuni tangga teratas kumpulan B, berkongsi 10 mata dengan tuan rumah, Thailand yang turut melakar keputusan seri ke atas Australia petang tadi.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan tampak menarik dimana Malaysia akan berdepan tuan tumah, Thailand untuk penentuan juara / naib juara kumpulan B.

Manakala Australia yang berada di tangga ketiga, mengumpul tujuh mata, berpeluang untuk layak ke peringkat separuh akhir jika menang besar sekurang kurangnya 13 gol tanpa bolos selain mengharapkan Thailand melakar kemenangan ke atas Malaysia.

 

 

 

- Advertisement -