Mohd Affendi Rosli

Mohd Affendi Rosli wants to forget his haphazard performance in the Underbone 130cc category this season and focus on a return to the podium in Suzuka, Japan for the PETRONAS Asia Road Racing Championship (ARRC) happening in Suzuka International Racing Course from 5 to 7 September.

The PETRONAS Hong Leong Yamaha rider had a promising start earlier this season by a close-second win in Race 2 opening the season in Sepang before tumbling down to 10th in Race 2 when the championship moved to Sentul, Indonesia for the second round. His mediocre finish in Autopolis last August did little help in turning over the situation when Affendi could only manage a ninth in Race 1 and finishing seventh in Race 2.

Talking about the upcoming race weekend in Suzuka, Affendi firmly believes that his past success where he championed the Underbone 115cc class on the championship’s first appearance on the legendary Japanese track last year could end on a positive note.

“I hope things will turn out good this weekend because I do need a comeback after numerous dry runs in the past,” said Affendi who now sits fifth overall with 55 points.

Speaking fondly of the track, Affendi revealed, “Suzuka is one of my favorite track. Not only due to my past victory here, the advantage for us Malaysians riders would be the numerous turns where we constantly succumb on straight runs as opposed to riders from Indonesia.” 

Recalling his slackened first three rounds, Affendi disclosed, “Of course I was disappointed, especially in Sentul. I could only collect six mere points and this has slightly jeopardize my championship campaign.

“A win in Suzuka would place me in a competitive position for the overall championship. I hope the team would find the perfect setup for my bike. I will take care of the rest,” Affendi concluded.

Indonesian, Gupita Kresna Wardhana of Kawasaki KYT Rextor Manual Tech leads the overall standings with 98 points ahead of Affendi’s teammate, Ahmad Fazli Sham while Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) sits third with 81 and 73 points each.

 

AFFENDI MAHU ULANG KEJAYAAN DI SUZUKA 

Mohd Affendi Rosli berazam untuk bangkit memadam prestasi tidak menentu pada musim ini sebaik turun beraksi dalam kategori Underbone 130cc pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Suzuka, Jepun pada 5 hingga 7 September ini.

Pelumba PETRONAS Hong Leong Yamaha itu memulakan saingan musim 2014 dengan cemerlang apabila muncul naib juara Perlumbaan 2 pada pusingan pembukaan di Litar Sepang namun sekadar menamatkan Perlumbaan 2 di kedudukan ke-10 pada pusingan berikutnya di Sentul, Indonesia setelah gagal menamatkan Perlumbaan 1 sebelum itu. 

Prestasi di Autopolis, Ogos lepas juga tidak begitu baik apabila Affendi sekadar menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan kesembilan dan ketujuh pada Perlumbaan 2.

Beraksi di Suzuka minggu ini, Affendi yakin akan tampil dengan aksi berbeza memandangkan dia pernah mencatat kenangan manis dengan menjuarai perlumbaan Underbone 115cc sewaktu seluruh kontinjen ARRC beraksi di Litar Suzuka buat pertama kali pada tahun lalu.

“Perlumbaan minggu ini diharapkan dapat membawa nasib berbeza kepada saya. Selepas kecewa pada dua perlumbaan lepas, saya perlu bangkit di Suzuka. Litar ini merupakan antara litar yang saya gemari, bukan hanya saya pernah memenangi perlumbaan di sini, sebaliknya kerana bentuk litar itu sendiri.

“Litar Suzuka mempunyai banyak selekoh dan ia dapat memberikan kelebihan kepada pelumba Malaysia kerana selalunya kami mempunyai kekurangan di laluan lurus berbanding pelumba Indonesia. Kemenangan pada minggu ini amat penting untuk saya kekal dalam kelompok terbaik mengejar takhta keseluruhan pada musim ini,” jelas Affendi yang kini berada di tangga kelima dalam senarai keseluruhan dengan 55 mata.

Pelumba Indonesia, Gupita Kresna Wardhana (Kawasaki KYT Rextor Manual Tech) mendahului kedudukan dengan 98 mata sambil diekori rakan sepasukan Affendi, Ahmad Fazli Sham dan Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) di kedudukan kedua dan ketiga, masing-masing dengan 81 mata dan 73 mata.

Mengulas tentang aksinya sepanjang tiga pusingan lepas, Affendi berkata, “Memang saya agak kecewa khususnya di Litar Sentul. Saya hanya membawa pulang enam mata. Jentera saya agak ketinggalan kepada pasukan lain sewaktu di Indonesia dan berjaya dipertingkatkan pada pusingan lepas. Cuma malang apabila enjin saya mengalami kerosakan serius pada sesi pemanas badan sebelum perlumbaan akhir.

“Saya harap jentera pada perlumbaan minggu ini lebih baik dan kompetitif. Jurutera pasukan berjaya mendapatkan pelarasan terbaik dan saya fikir kami mampu bersaing dengan jentera lain. Mudah-mudahan kami dapat merealisasikan dan merencana strategi terbaik nanti. Pada masa sama berharap agar tuah turut menyebelahi saya pada minggu ini.”

- Advertisement -