Md Affendi Rosli signed on with Team One-For-All which is owned and managed by former GP rider, Youichi Ui.
Affendi tampil dalam kelas lebih tinggi pada musim ini bersama pasukan berpengkalan dari Jepun, Team One-For-All milik bekas pelumba GP, Youichi Ui.

2015 Asia Road Racing Championship - logoPelumba berpengalaman Malaysia, Md Affendi Rosli bersedia untuk beraksi buat pertama kali dalam kelas Asia Production 250cc apabila saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) membuka tirai di Litar Johor, Pasir Gudang, Johor minggu ini.

Setelah sekian lama beraksi dalam kelas Underbone 115cc dan 130cc termasuk ketika muncul pelumba terakhir memenangi gelaran buat Malaysia pada tahun 2009, Affendi tampil dalam kelas lebih tinggi pada musim ini bersama pasukan berpengkalan dari Jepun, Team One-For-All milik bekas pelumba GP, Youichi Ui.

Keputusan pasukan Hong Leong Yamaha untuk tidak beraksi dalam kelas Underbone 130cc pada musim ini memberi kebebasan buat pelumba itu untuk beralih ke kelas yang semakin mendapat tempat dikalangan pelumba muda Asia namun perlu mematuhi syarat beraksi bersama pasukan yang menggunakan jentera Yamaha.

Md Affendi Rosli bersedia untuk beraksi buat pertama kali dalam kelas Asia Production 250cc.
Md Affendi Rosli bersedia untuk beraksi buat pertama kali dalam kelas Asia Production 250cc.

“Saya gembira dengan peluang diberikan kerana dapat membantu untuk mengembangkan lagi karier saya dalam kelas perlumbaan yang berbeza,” jelas Affendi.

“Saya percaya langkah ini adalah tepat dan saya juga sudah tidak sabar untuk berhadapan dengan pelumba yang lebih muda namun lebih berpengalaman dengan menggunakan jentera Yamaha R25.”

Tambah pelumba itu,”Saya tidak meletakkan sebarang sasaran sebaliknya ingin mendapatkan keserasian bersama jentera terlebih dahulu. Bukan mudah untuk mengendalikan jentera ini kerana jauh berbeza berbanding jentera Underbone yang digunakan selama ini di ARRC dan juga Kejuaraan Cub Prix.”

 

2016 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) - Md Affendi Rosli -001

Affendi grateful for 250 chance

Malaysian senior rider, Mohd Affendi Rosli, is preparing for the second debut of his career this weekend. Affendi will be going out on track for the first time, astride an Asia Production 250cc bike, as the curtain rises on the 2016 FIM Asia Road Racing Championship at the Johor Circuit.

The opportunity came about when the Underbone 130cc branch of team Hong Leong Yamaha was disbanded in favour of the Asia Production 250cc. Left without a compulsory ride in the Underbone class, the Yamaha-contracted rider was free to pursue his interest in the Asia Production 250cc category, with the condition that he continue to race the Yamaha marquee.

Affendi signed on with Team One-For-All which is owned and managed by former GP rider, Youichi Ui.

“I am grateful for this opportunity to spread my wings into the popular Asia Production 250cc class. I believe that this step will further prolong my career and I am excited to test myself against riders who have more experience racing the Yamaha R25,” said Affendi.

- Advertisement -