01

Pendahulu sejak hari pertama, Muhammad Afif Muhd Fathi dan Qistina Balqis Azhar menepati ramalan muncul juara bagi kategori lelaki dan perempuan Kejohanan Golf Remaja Terbuka Malaysia 100PLUS 2016.

Afif menutup hari terakhir kejohanan yang berlangsung di Kelab Golf Templer Park, Rawang dengan catatan 71 pukulan satu dibawah par.

Di sembilan lubang pertama, Afif bermula dengan birdie di lubang pertama dan ke empat, namun goyah apabila membenam bogey dilubang ke lapan dan seterusnya.

Tekanan semakin memuncak apabila bogey ketiga dilakar di lubang ke 13, namun Afif menutup hari ketiga dengan dua birdie dilubang ke 14 dan 18.

Selepas beraksi 54 lubang, Afif yang mewakili pasukan MGA mengumpul 210 pukulan enam di bawah par.

Bagi Afif, kejayaan merangkul trofi sekaligus bergelar juara remaja merupaka kejayaan paling besar dalam kariernya sebagai pemain golf.

“Saya ditekan pemain-pemain lain termasuk Galvin dari lubang pertama sehingga yang terakhir, saya agak terkejut apabila tahu dia (Galvin) mencatat lima dibawah par tetapi saya cuba untuk bertenang sepanjang permainan dan menamatkan permainan dilubang terakhir dengan bergaya.

“Sudah pasti ini bukan kemuncak kepada karier saya, tetapi inilah permulaan kerana saya ada kejohanan di Taiwan bersama sama Daeng Abdul Rahman lepas ini,” kata Afif.

Hadiah kepada pemenang-pemenang disampaikan oleh Senator Tan Sri Dato Setia Mohd Anwar Hj. Mohd Nor, Presiden Persatuan Golf Malaysia, Tan Sri Anwar Mohammad Nor. Turut hadir Puan Cariessa Goh, Pengurus Hal Ehwal Korporat, F&N Holdings Bhd.

Ditempat kedua, Galven Kendall Green yang menutup kejohanan, berkongsi catatan terkumpul, 212 pukulan empat dibawah par dengan Khavish Varman Varadan, juga dari MGA.

Hari terakhir, Galven muncul pemain terbaik apabila mencatat 67 pukulan lima dibawah par, naik tiga anak tangga ke kedudukan kedua manakala Khavish Varman Varadan mencatat 70 pukulan dua dibawah par.

02

Sementara itu, dalam saingan wanita, Qistina Balqis Azhar tidak dicabar mana mana pemain apabila terus mengekalkan kedudukan pendahulu sehingga tamat lubang ke 18 pada hari ini dengan catatan terkumpul 213 pukulan tiga dibawah par.

Qistina hambar diawal saingan dengan dua bogey dilubang pertama dan ke empat, namun bangkit dengan tiga birdie berturut turut dilubang ke 5, 6 dan 7.

Di sembilan lubang terakhir, Qistina membenam bogey ketiga di lubang ke 10 sebelum menutup hari terakhir dengan eagle dilubang ke 12 untuk catatan hari ketiga 71 pukulan satu dibawah par.

Kemenangan yang dilakar hari ini jelas melegakan Qistina selepas bermain dalam tekanan sepanjang tiga hari kejohanan.

“Tekanan semakin dirasai di tiga lubang terakhir kerana cuba untuk kekalkan catatan. Ini adalah kemenangan yang terbesar dalam karier saya, malah menjadi penyuntik semangat untuk mencari kemenangan dikejohanan lain selepas ini.”

“Malah secara keseluruhan, permainan saya khususnya dari aspek putting, driving, hanya perlu perbaiki permainan di fairway,” kata Qistina.

Malah tiada perubahan dalam senarai kedudukan pemain pemain pada hari terakhir bagi kategori wanita, menyaksikan Nur Syazani Amalia Shahzan mengekalkan kedudukan selaku naib juara dengan catatan 225 pukulan, sembilan di atas par.

Hari terakhir, Syazani mencatat 78 pukulan enam diatas par, manakala Zulaikah Nurziana Nasser ditempat ketiga dengan 227 pukulan 11 di atas par.

 

KEDUDUKAN HARI TERAKHIR

LELAKI

210         Muhammad Afif Muhd Fathi (MGA) 68  71  71

212         Galven Kendall Green (MGA) 69  70  67            

212         Khavish Verman Varadan (MGA) 72  70  70

213         Daeng Abdul Rahman (MGA) 70  72  71

213         Lim Beng Keat (Sarawak) 72  73  74                            

218         Chan Kai Zhane (Kedah) 74  71  70                                            

218         Aarishna Shahsthy (Johor) 71  75  72

219         Lee Chong Li (Johor) 74  74  74                            

224         Yong Fatt Hoe (K. LUMPUR) 74  75 70                                                                             

225         Louis Tee (SINGAPURA) 72  79 72                             

226         Mohd Zafran Abdullah (Johor) 81  71 77                                             

227         Tommy Tan (Singapura) 76  76  76                            

 

WANITA

213         Qistina Balqis Azhar (MGA) 71  71 71                                                                             

225          Nur Syazani Amalia Shahzan (MGA) 74  73 78                             

227         Zulaikah Nurziana Nasser (SELANGOR) 78  73 76                                             

229         Jocelyn Chee Yi Min (KEDAH) 84  71 74                                                                              

231         Liyana Durisic (Selangor) 81  77 73                                             

232         Aykary Whynn Htun (Myanmar) 79  79 73             

236         Angel Hii (Sarawak) 80  79 73                             

237         Vinisha Gunaseelan (Kuala Lumpur) 78  81 77             

241         Megan Lee Zehui (Kuala Lumpur) 78  81 79                                             

241         Sonya Akhter (Bangladesh) 82 78  82    

- Advertisement -