Ahmad Afif Amran meraih kemenangan sulung pada musim 2017 apabila muncul juara bagi kategori CP150 pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 di litar Stadium Mini Teluk Intan. Pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ berusia 22 tahun itu menggunakan kelebihan jentera pada minggu ini untuk menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17 minit 43.660 saat untuk menewaskan pesaingnya Ahmad Fazli Sham, yang tamat di kedudukan kedua dengan 17’48.328s.
Turut merangkul podium, Azhar Abd Jalil dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing yang sekadar meraih kedudukan ketiga selepas mencatat masa 17’51.257s.
Pelumba kelahiran Terengganu itu berkata beliau gembira dan bersyukur kerana dapat menaiki podium buat kali pertama musim ini walaupun persaingan begitu mencabar.
“Saya anggap kejayaan hari ini sebagai rezeki kerana pelumba lain tidak kurang hebatnya, namun begitu saya mendapat catatan yang baik pada pelumbaan ini kerana menggunakan jentera (motosikal) yang baik dan bermula di barisan hadapan,” katanya.
Tambahnya, “Pasukan menyediakan jentera yang terbaik pada minggu ini. Kami akan berehat panjang selepas ini dan akan bersambung selepas raya, jadi saya berharap momentum ini dapat dikekalkan.”
Selepas pusingan keempat, Afif Amran mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 51 mata, satu mata mengatasi pelumba sensasi Kasma Daniel Kasmayudin yang tidak beraksi pada pusingan ini kerana menyertai perlumbaan Kejuaraan Remaja Dunia Moto3 di Le Mans, Perancis. Ahmad Fazli berada di tangga ketiga dengan 40 mata.
Sementara itu, dalam saingan CP115, Md Akid Aziz memanfaatkan insiden melibatkan kelompok pelumba hadapan yang terjatuh pada awal perlumbaan untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada musim ini sekaligus melebarkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 75 mata selepas tiga perlumbaan.
Akid yang bermula dari petak kedua namun sedikit ketinggalan pada permulaan perlumbaan menamatkan 15 pusingan keseluruhan dengan 14’06.897s diikuti Md Hafiza Rofa (Fahmy Capirex Racing Team) dengan masa 14’12.148s diikuti Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) ketiga dengan masa 14’13.200s.
Berada di kedudukan kedua dalam senarai keseluruhan ialah rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues dengan 49 mata diikuti Nazirul Izzat ketiga, 36 mata.
Persaingan sengit sepanjang 12 pusingan kategori Wira menyaksikan gelaran juara menjadi milik Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Afb – Tech yang menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’25.236s.
Tepat kedua dimenangi Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) dengan masa 11’26.128s manakala tempat ketiga dimiliki Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) dengan masa 11’26.863s.
Kemenangan ini melebarkan kedudukan Aiman selaku pendahulu keseluruhan dengan 66 mata, 17 mata mengatasi Saiful di kedudukan kedua dengan 49 mata sambil diekori rapat Syafieq dengan 46 mata.
Pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 akan berlangsung di Litar MAEPS, Serdang, Selangor pada 15-16 Julai.
Keputusan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS – Teluk Intan, Perak
CP150
Perlumbaan Akhir
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 17’43.660s
2. Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17’48.328s
3. Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang 17’51.257s
4. Md Izzat Zaidi Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang 17’54.113s
5. Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) 17’57.779s
Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 51 mata
2. Kasma Daniel Kasmayuddin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 50 mata
3. Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata
4. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Givi Honda Yuzy Racing 33 mata
5. Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang 29 mata
CP115
Perlumbaan Akhir
1. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14’06.897s
2. Md Hafiza Rofa (TRG) Fahmy Capirex Racing Team) 14’12.148s
3. Nazirul Izzat Md Bahauddin (NSN) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 14’13.200s
4. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14’16.394s
5. Md Aznil Md Ali (TRG) M-Seki Liberty Honda Racing) 14’16.991s
Kedudukan Keseluruhan
1. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75 mata
2. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 49 mata
3. Nazirul Izzat Md Bahauddin (NSN) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 36 mata
4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 34 mata
5. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) 26 mata
WIRA
Perlumbaan Akhir
1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 11’25.236s
2. Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing 11’26.128s
3. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11’26.863s
4. Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 11’28.455s
5. Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11’28.563s
Kedudukan Keseluruhan
1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 66 mata
2. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 49 mata
3. Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing 46 mata
4. Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 44 mata
5. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech 35 mata