Bekas pemain kebangsaan, Fadzli Saari tidak menafikan usaha yang dilakukan oleh Amateur Football League (AFL) dalam memastikan penganjuran Liga M3 dan M4 sentiasa di tahap terbaik wajar dipuji khususnya dalam membentuk pemain muda.
Jelasnya, pada era kini bukan mudah untuk seeorang pemain itu dibentuk sehingga menjadi pemain cemerlang dan apa yang telah dilakukan oleh AFL yang dipengerusikan oleh Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dengan kerjasama Malaysian Football League (MFL) ketika ini adalah tepat untuk peminat bolasepak tempatan kian memberi perhatian kepada pasukan berstatus amatur ini.
Bekas pemain Pahang itu yang kini merupakan jurulatih bawah 15 tahun di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) tidak menolak ramai yang sudah mula membuka mata terhadap pasukan dalam Liga M3 dan M4 selepas pembabitan terbesar mereka dalam saingan Piala FA musim lalu iaitu sebanyak 38 pasukan.
Dengan berakhirnya Majlis Undian Kelayakan Piala FA Malaysia 2020 pada Rabu lepas, Fadzli menyifatkan ada beberapa pasukan selaku pendatang baharu yang turut terlibat mungkin bakal mencipta kejutan dan menganggap ia akan menjadi satu perlawanan yang dinantikan.
âKalau nak ikutkan, pada era dahulu dan ketika ini banyak perbezaan ketara apabila melibatkan pasukan-pasukan yang baru meningkat naik ini di mana saya dapat lihat sudah banyak kelab-kelab yang berjaya melahirkan pemain-pemain baharu.
âBagi saya yang kini melatih pemain bawah 15 tahun di AMD, saya percaya seseorang pemain itu perlu digilap daripada bawah dan Liga M3 dan M4 ini adalah landasan tepat untuk memberi peluang kepada pemain muda.
âSekarang ini sudah banyak pembaharuan dilakukan oleh AFL di mana ramai penyokong yang sudah menunjukkan minat untuk memberi perhatian kepada pasukan amatur ini dan pasukan-pasukan baik di Liga Super dan Premier juga tidak boleh memandang rendah terhadap mereka,â jelasnya.
Terdahulu, sebanyak 40 pasukan amatur terlibat dalam saingan Piala FA musim ini dengan 32 pasukan akan berentap dalam pusingan kelayakan manakala 8 lagi pasukan mendapat bye untuk layak secara terus ke pusingan pertama.
Lapan pasukan yang mendapat ‘bye’ adalah Staroba FC, Kuatagh FC, Thai Selangor FC, Imigresen FC, KSR Sains, Tun Razak City FC, Kickers FC dan Norfarhan FC.