Atlet Loncat Indah Malaysia NG Yan Yee dan Sabri Nur Dhabitah beraksi dalam final kategori 3 meter Synchro Springboard Putri Asian Games Ke-18 Tahun 2018 di Aquatic Centre GBK, Senayan, Jakarta, Rabu (29/8). ANTARA FOTO/INASGOC/Irwin Fedriansyah/Spt/18

 

 

Nur Dhabitah Sabri terus membuktikan kemampuannya sebagai penerjun negara apabila meraih pingat perak kedua peribadinya.

Dhabitah dan Wendy Ng Yan Yee menghadirkan berita gembira apabila menyumbang pingat perak menerusi acara terjun 3 meter papan anjal seirama menerusi gandingan Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee.

Selepas membutirkan pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama bersama sama Leong Mun Yee, Nur Dhabitah turun sekali lagi, kali ini bergandingan dengan Ng Yan Yee.

Sedikit goyah diterjunan pertama yang menyaksikan Dhabitah dan Yan Yee berada dikedudukan ketiga dibelakang Kim Kwang Hui/Kim Min Hwa (Korea Utara) dan Chang Yani/Shi Tingmao dari China.

Namun duo Malaysia ini memintas Korea Utara di terjunan kedua dengan darjah kesukaran yang semakin tinggi menerusi terjunan yang seragam serta percikan air yang kecil untuk meraih mata tinggi.

Tatkala Dhabitah dan Yan Yee bersaing sengit dengan Kwang Hui dan Min Hwa untuk perebutan kedudukan kedua dan ketiga, Chang Yani dan Shi Tingmao nyata sukar untuk digugat apabila hampir melakukan terjunan sempurna untuk mengetuai senarai sepanjang saingan.

Dhabitah dan Ng Yan Yee mengesahkan status sebagai pemenang pingat perak dengan catatan keseluruhan 298.23 mata selepas lima terjunan, mengatasi duo Korea Utara, yang mengumpul 282.78 mata.

Manakala China menerusi Chang Yani dan Shi Tingmao mengesahkan status sebagai pemenang pingat emas dengan catatan 335.70 mata.

Dhabitah dan Ng Yan Yee memenangi pingat emas bagi acata ini ketika di Sukan SEA Kuala Lumpur pada Ogos tahun lalu.

 

 

- Advertisement -