Ianya kemenangan penuh emosi buat Malaysia apabila bangkit dari kekalahan set pertama untuk mengesahkan pingat emas dari sepaktakraw antara regu Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dengan menewaskan tuan rumah Indonesia dalam aksi final penuh tegang di Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring pada Selasa.
Airmata mengiringi kemenangan tatkala Malaysia menamatkan kemarau 24 tahun untuk mengucup emas sejak kali terakhir memenanginya pada 1994 di Hiroshima.
Ia turut menyaksikan usaha keras Persatuan Sepaktakraw Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia untuk memastikan Malaysia tersenarai bertanding dalam acara regu sesuatu yang cukup berbaloi.
Sebagai rekod Malaysia pada awalnya tercicir penyertaan dalam acara regu dan nyaris sahaja tidak dapat mengambil bahagian namun hanya dibenarkan bertanding beberapa hari sebelum temasya bermula dengan campur tangan dari Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) walaupun keputusan itu dibantah hebat oleh Indonesia.
Dalam aksi final di hadapan ribuan penyokong fanatik tuan rumah, regu Malaysia bermula sedikit goyah apabila tewas 18-21 pada set pertama. Pingat emas mungkin terlepas jika tidak kerana kekuatan mental ditunjukkan regu negara ketika set kedua.
Bukan sahaja mereka berjaya bangkit daripada ketinggalan 12-17 sebelum mencatat kemenangan mendebarkan 22-20 tetapi dalam masa sama terpaksa âbergelutâ dengan beberapa keputusan kontroversi oleh pengadil.
Pada set ketiga segalanya tampak lebih mudah buat anak buah Abdul Talib Ahmad yang lebih tenang dan dominan dengan rejaman padu Azlan Alias memastikan kemenangan 21-11 dan pingat emas keempat kontijen negara.
âEmas yang mahal harganya, mungkin ada yang merasakan kemenangan ini lebih manis jika kita tewaskan Thailand yang merupakan musuh tradisi, tetapi Indonesia juga sebuah pasukan kuat dan ianya cukup hebat kita menang dengan tewaskan mereka di depan penyokong mereka sendiri,â kata Syahir Rosdi, ketua pasukan yang juga tekong negara.
Pasukan sepaktakraw pulang dari Indonesia dengan memenangi satu perak dan satu gangsa, memperbaiki pencapaian edisi 2014 apabila sekadar memenangi dua gangsa. MUHD AIMANÂ