Shah Alam [SELANGOR]: Pemain muda negara dalam pembikinan, Aiden Tai John Roberts nyata beraksi cemerlang pada hari kedua Kejohanan Golf Remaja 100PLUS SRIXON pada Rabu yang merupakan hari kedua selepas mencatat 71 pukulan 1 dibawah par.

Pemain berusia 15 tahun itu membenam tiga birdie dan dua bogey sepanjang hari kedua untuk mengumpul 145 pukulan satu di atas par dan berkelebihan empat pukulan bagi saingan Lelaki ‘A’ selepas tamat dua pusingan di Kelab Golf Kota Permai.

Pemain kelahiran Vietnam, Lee Minh Ngia menghuni tangga kedua dengan 74 pukulan dua di atas par dan mengumpul 149 pukulan lima di atas par keseluruhan manakala catatan 73 pukulan satu diatas par meletakkan seorang lagi pemain negara, Ezekiel Riz Hafi Suzeartiz menghuni tangga ketiga.

Aiden Tan nyata cemerlang sepanjang musim 2024, memenangi dua kejuaraan golf remaja di peringkat domestik termasuk Siri Kelayakan 100PLUS SRIXON Zon Semenanjung Malaysia.

“Cara permainan hari menyelamatkan saya. Saya mengawal permainan dengan baik walaupun masih terdapat beberapa kelemahan tetapi tuah saya banyak ketika di ‘green’.

“Mendahului pusingan akhir esok, pelbagai perasaan dapat dirasai. Tetapi saya tetap mahu tenang dan tidak terlalu mengharap kerana kemungkinan ada pemain yang akan bermain dengan lebih baik esok dan mendahului carta kedudukan. Tetapi saya tetap yakin dengan permainan sendiri dan berharap ia akan membawa perkhabaran yang positif,”kata Aiden

Dalam saingan perempuan ‘A’, pemain kelahiran India, Zara Anand bangkit dengan permainan yang lebih kemas di pusingan kedua untuk mencatat 77 pukulan 5 di atas par sekaligus menerajui carta kedudukan dengan kelebihan satu pukulan didepan pemain amatur terbaik Vietnam, Le Chuc An.

Meskipun baharu kembali daripada saingan Kejohanan Remaja Terbuka R&A di Scotland baru baru ini, pemain berusia 15 tahun itu menjangkakan persaingan yang sengit bagi gelaran juara esok.

“Saya ada keyakinan tetapi perlu pertingkatkan lagi pukulan dan mata esok kerana An (Le Chuc An) adalah seorang pemain yang baik,” kata pemain yang berasal dari Noida, India.

Pemain terbaik Malaysia menjadi milik Nur Batrisya Balqis Abd Ghani yang mencatat 77 pukulan 5 di atas par pada hari kedua untuk menghuni tangga ketiga keseluruhan dengan catatan terkumpul 19 di atas par.

Saingan Lelaki ‘B’ menyaksikan Nguyen Bao Phat dari Vietnam terus mengekalkan kedudukan pendahulu dengan catatan 81 pukulan 9 di atas par manakala Jane Sim dari Korea Selatan mengungguli carta bagi Divisyen Perempuan ‘B’ selepas mencatat 79 pukulan 7 di atas par.

Sejumlah 80 pemain dari 10 negara mengambil bahagian di Kejohanan Golf Remaja 100PLUS SRIXON yang merupakan kejohanan dibawah kalendar Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR).

KEJOHANAN GOLF REMAJA 100PLUS SRIXON 2024
KEPUTUSAN SELEPAS PUSINGAN KEDUA

LELAKI ‘A’
145 – Aiden Tai John Roberts (MAS) 74-71
149 – Lee Minh Nghia (VIE) 75-74
152 – Ezekiel Riz Hafi Suzeartiz (MAS) 79-73
154 – Chaipattana Jensaiklang (THA) 75-79
155 – Ishnidh Singh Virdi (IND) 80-75, Mohd Rafiq Anugerah Ali 76-79

PEREMPUAN ‘A’
153 – Zara Anand (IND) 76-77
154 – Le Chuc An (VIE) 74-80
163 – Nur Batrisyia Balqis Abdul Ghani (MAS) 86-77
164 – Siti Nur Husna Aina Abdul Karim Nast (MAS) 83-81

LELAKI ‘B’
156 – Nguyen Bao Phat (VIE) 75-81
159 – Jarvis Liew (MAS) 81-78, Bae Jin Hyuk (KOR) 80-79
160 – Choi Maru (KOR) 77-83
161 – Han Jae Ho (KOR) 79-82

PEREMPUAN ‘B’
160 – Jane Sim (KOR) 81-79
166 – Kendra Garingalao (PHI) 82-84
170 – Lee Ji Yeon (KOR) 85-85
171 – Bernice Hwang (MAS) 84-87
172 – Mavis Chua (MAS) 85-87

- Advertisement -