Oleh Ku Mohd Lufti
Pelumba lebuhraya negara Mohammad Nor Aiman Mohd Zariff melakar sejarah pabila berjaya menyarung jersi biru selaku pelumba terbaik ASEAN selepas tamat peringkat pertama Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Thailand 2016.
Pelumba kelahiran Bukit Putra, Setiu itu berjaya menduduki tempat ke-6 pada perlumbaan peringkat pertama dengan jarak 187.1 kilometer dari Ubon Ratchathani ke Mukdahan dengan catatan masa 4 jam 09 minit 50 saat.
“Saya bermula dengan agak gementar. Ini adalah kali pertama saya mewakili Malaysia pada perlumbaan jelajah yang besar. Malah, selepas kami melakukan pemecahan pada Kilometer 87, saya kemudiannya hampir tercicir gara-gara tindakan pelumba Vino-Ever dari Kazakhstan yang cuba meloloskan diri ketika perlumbaan tinggal cuma 40 kilometer. Nasib baik jurulatih, Syed Hussaini Syed Mazlan beri nasihat. Saya berjaya kekalkan rentak kayuhan dan seterusnya menduduki tempat keenam pada penampilan pertama saya di Jelajah Thailand,” katanya
Syed Hussaini mengaku sangat kena dengan prestasi keseluruhan pelumba Malaysia yang sering memperagakan aksi cemerlang sepanjang menyertai Jelajah Thailand.
“Saya akui agak terperanjat dengan pencapaian Aiman. Namun saya tahu dia adalah seorang pelumba yang sangat berbakat besar. ‘ kata Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan.
Perlumbaan peringkat ke 2 akan bermula dari Mukdahan ke Sakon Nakhon dengan jarak 132km.