The KL Junior League will now be known as the AirAsia KL Junior League with the announcement of the airline as its Title Sponsor; in an effort to further support football development in Malaysia as well as reiterating AirAsia’s commitment towards being a dream-enabler.
The junior league has teams across five age groups from Under-8 to Under-16 which aims to advance youth football in the Klang Valley and improve opportunities for teams to play against each other in an organised competition with confirmed fixtures throughout the season while developing local talents at the grassroots level.
The season officially started today with several matches by the Under-14 and Under-16 teams being played at The New Camp, Bandar Utama – a brand new state-of-the-art football centre providing two full-sized astroturf pitches.
Rudy Khaw, Regional Head of Branding for AirAsia said, “AirAsia is more than an airline, we see ourselves as dream-enablers that provide the right opportunities for young talents to realise their dreams. AirAsia KL Junior League will give us access to raw and young talents from the grassroots level and it will be an honour to help them through their journey towards being a professional footballer. Through our exclusive collaborations with QPR and PJ Rangers, we aim to integrate our efforts to give these talents a chance to experience training regimes and clinics with professional clubs to further raise the bar of young Malaysian players.”
Will Kucia, AirAsia KL Junior League Director said, “The partnership with AirAsia is incredibly exciting for the league. In AirAsia we believe we have found a sponsor who truly shares our vision for youth football in Malaysia. Committed to improving opportunities at the grassroots level, the league aims to make youth football accessible to children from all backgrounds. With the proper foundations in place we hope, together with AirAsia, we can see youth football flourish in the Klang Valley and Malaysia.”
AirAsia is the proud owner of PJ Rangers and has a long standing collaboration with QPR. To find out more about AirAsia KL Junior League, please visit www.kljuniorleague.my
AirAsia menjadi penaja utama Liga KL Junior
Liga Junior KL kini akan dikenali sebagai Liga Junior AirAsia dengan pengumuman syarikat penerbangan tersebut sebagai penaja utama. Tajaan ini adalah satu lagi usaha AirAsia dalam menyokong pembangunan bola sepak di Malaysia dan menggiatkan lagi komitmen untuk membantu bakat-bakat muda merealisasikan impian mereka.
Liga junior ini mempunyai pasukan yang bermula dari kategori umur bawah 8 tahun sehingga bawah 16 tahun yang bertujuan untuk memajukan sukan bola sepak di kalangan para belia dan seterusnya meningkatkan peluang untuk mencungkil bakat-bakat tempatan di seluruh negara.
Musim baru Liga Junior AirAsia telah bermula secara rasmi hari ini dengan beberapa perlawanan bagi pasukan bawah 14 tahun dan pasukan bawah 16 tahun yang berlangsung di pusat latihan baru New Camp, Bandar Utama.
Rudy Khaw, Ketua Bahagian Penjenamaan Kumpulan AirAsia berkata, “AirAsia adalah lebih daripada sebuah syarikat penerbangan, dimana kami melihat diri kami sebagai satu jenama yang boleh membantu bakat-bakat muda untuk merealisasikan impian mereka. Liga Junior AirAsia adalah satu platform untuk bakat-bakat muda yang baru tampil menyerlah dan adalah menjadi harapan kami untuk membantu mencorak perjalanan mereka ke arah menjadi permain bola sepak profesional. Melalui kerjasama eksklusif kami dengan QPR dan PJ Rangers, kami berhasrat untuk mengintegrasikan usaha kami dalam memberikan bakat baru ini peluang serta pendedahan untuk mengalami rejim dan klinik latihan dengan kelab-kelab profesional dan meningkatkan lagi tahap pemain muda Malaysia. “
Will Kucia, Pengarah Liga AirAsia KL Junior berkata, “Liga kali ini akan menjadi lebih menarik dengan kolaborasi bersama AirAsia. Kami percaya dan yakin yang kami telah menemui penaja yang benar-benar berkongsi visi kami untuk bola sepak remaja di Malaysia. Selain dari komitmen untuk meningkatkan peluang di peringkat rantau, liga ini juga bertujuan untuk menjadikan bola sepak satu sukan yang mengalu-alukan kanak-kanak dari semua latar belakang. Kami berharap dapat melihat bola sepak belia berkembang di Lembah Klang dan Malaysia bersama-sama dengan AirAsia .”
AirAsia adalah pemilik kelab bolasepak PJ Rangers dan mempunyai kolaborasi yang kukuh bersama QPR. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Liga AirAsia KL Junior, sila layari www.kljuniorleague.my