Saingan Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 tahun 2019 menyaksikan SMK Bukit Indah dan SMK Seksyen 11 masing masing muncul juara Liga Super dan Liga Perdana.
SMK Bukit Indah mengesahkan status selaku juara selepas menundukkan SMK Tabuan Jaya dengan kemenangan 1-0 pada Selasa lalu hasil gol tunggal perlawanan oleh Muhd Haziq Naim Hasanudindi minit 66.
Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan SMK Bukit Indah dipersada liga dengan 27 mata selepas 10 perlawanan. Pencabar terdekat, SMK Mutiara Impian yang berada di tangga ketiga dibelakang Sekolah Sukan Malaysia Pahang A tampak gagal untuk mengekori pendahulu meskipun mencatat kemenangan 2-1 ke atas SMK Seri Titiwangsa.
SMK Mutiara Impian ketinggalan 10 mata dengan pendahulu, SMK Taman Bukit Indah dengan baki satu perlawanan sebelum musim 2019 ditutup.
Manakala SMK Zaaba menghuni tangga keempat sekaligus gagal memintas SMK Mutiara Impian apabila terikat satu sama dengan SMK Seberang Temerloh.
Lima wakil Sekolah Sukan Negeri (SSN) teratas di dalam saingan Liga Super dan tiga pasukan SSN teratas dalam saingan Liga Perdana akan beraksi di saingan Piala Menteri Pendidikan yang dijadual berlangsung pada penghujung Ogos depan.
Perebutan bagi tiga slot dalam Liga Perdana B14 tidak kurang hebat yang menyaksikan tiga pasukan bersaing hebat untuk memburu dua slot terakhir.
Satu slot telahpun dicuri SMK Seksyen 11 yang turut mengesahkan status selaku juara liga bagi musim 2019 selepas mengumpul 31 mata dalam 14 perlawanan yang telah diharungi.
Tangga teratas liga perdana B14 diungguli SSMP B yang mengumpul 35 mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas beraksi 13 perlawanan musim ini.
Di tangga ketiga, SMK Putera yang juga juara Piala Sumbangsih 2019, mengumpul 27 mata selepas 13 perlawanan dan perlu menang dalam perlawanan terakhir menentang SMK Kem Terendak pada Sabtu jika mahu beraksi di Piala Menteri.
SMK Putera berkongsi 27 mata dengan SMK Syed Hassan yang menghuni tangga ketiga dibezakan dengan jumlah jaringan sementara satu lagi pasukan yang mampu menggugat kedudukan SMK Putera adalah SMK Tun Hussein Onn yang menghuini tangga keempat dengan 25 mata.