Pengendali skuad bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan senarai 25 pemain yang akan menjalani latihan pusat bagi persiapan untuk mengharungi Kelayakan Kejohanan Bolasepak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 tahun bagi tahun 2020.
Kejohanan itu bakal berlangsung dari 22 hingga 26 Mac depan di sekitar ibu negara.
Malaysia selaku tuan rumah diundi dalam kumpulan J bersama sama China, Laos dan FilipinaÂ
Daripada senarai yang diumumkan menerusi laman rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) petang tadi, Datuk Ong Kim Swee membuat ‘kejutan’ apabila mengetepikan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid.
Malah, pemain lain seperti Syamer Kutty Abba, Syazwan Andik Ishak dan Syahmi Safari yang turut dipanggil Tan Cheng Hoe ketika saingan Piala Suzuki AFF 2018 tahun lalu turut tidak disenaraikan Datuk Ong Kim Swee.
Latihan pusat dijadual bermula dari 9 Januari depan di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum skuad bawah 22 tahun negara terbang ke Bangkok, Thailand pada 13 Januari bagi mengharungi aksi persahabatan selama enam hari dan pulang semula ke Malaysia pada 19 Januari.Â
Senarai 25 pemain ke kem latihan pusat skuad B-22
Daniel Amier Norhisham (FELDA United)
Muhammad Zahril Azri (FELDA United)
Muhammad Azri Ab Ghani (FELDA United)
Azarul Nazarith ( FELDA United)
Mohamad Hariz Kamarudin (JDT II)
Mohd Fazrul Daniel Mohd Nizam (Kedah)
Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan)
Muhammad Daniel Haqim Draman (Kelantan)
Mohamad Sharul Nizam Ros Hasni (Kelantan)
Muhammad Syaiful Alias (Kelantan)
Afiq Saluddin (Kelantan)
Muhd Juzaerul Jasmi (Kelantan)
Muhammad Danish Haziq Saipul Hisham (Negeri Sembilan)
Kogileswaran Raj (Pahang)
Mohd Faisal Abdul Halim (Pahang)
Muhammad Nazirul Afif Ibrahim (Perak)
Damien Lim Chien Khai (PKNS)
Ariff Ar Rasyid Ariffin (PKNS)
Muhammad Jafri Chew (PKNS)
Ariusdius Jais (Sabah)
Evan Wensley Wenceslaus (Sabah)
Jordon Ollerenshaw (Sabah)
Muhammad Amirul Haziq Rasmizal (Selangor)
Muhammad Izzan Syahmi Mustapa (Terengganu)
Khatul Anuar Md Jalil (Kuala Lumpur)