Selepas tamat saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, kem skuad kebangsaan Thailand panas seketika apabila pengendalinya Akira Nishino seolah olah ‘hilang dari radar’ Persatuan Bolasepak Thailand (FAT).

Menerusi laporan media tempatan, SMM Sport, Akira Nishino dilaporkan tidak menghadirkan diri di sesi perjumpaan bersama pihak pengurusan FAT.

Memetik kenyataan Presiden FAT dilaporan SMM Sport, Somyot Poompunmuang tidak dapat menghubungi Nishino.

Malah, pengendali berusia 66 tahun itu perlu mempersiapkan skuad B23 untuk mengharungi Kelayakan Piala Asia B23, Sukan SEA di Vietnam dan Piala AFF.

‘Kehilangan’ Nishino memaksa FAT untuk melantik, Anurak Srikerd sebagai pengendali sementara pasukan.

Poompunmuang turut menambah perjumpaan akan diadakan selepas kejohanan antarabangsa melibatkan kesemua staff pengurusan yang berada dalam skuad kebangsaan untuk berbincang tentang prestasi semasa pasukan.

Malah, perancangan buat skuad B23 tahun perlu dilakukan untuk mengharungi tiga kejohanan yang akan berlangsung selepas ini.

Tugas Nishino juga adalah memantau pemain pemain Thailand yang beraksi dalam saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) 2021 yang sedang berlangsung di negara itu.

Akira Nishino mengambil alih tugas sebagai pengendali skuad Gajah Perang pada Jun 2019 dan akan tamat pada Januari 2022.

Saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Thailand menamatkan saingan kumpulan G ditangga keempat, mengumpul 9 mata dibelakang Malaysia, Vietnam dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE)

 

- Advertisement -