Oleh Muhammad Aiman
Kesemua aksi Liga Bolasepak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini, ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
Arahan penangguhan itu dikeluarkan KPM membabitkan aksi Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia (B-14) dan Liga Piala Remaja KPM-FAM (B-17) yang membuka tirainya pada 5 Mac lalu sebagai langkah mengelakkan pelajar yang terlibat terdedah kepada masalah kesihatan seperti strok haba dan dehidrasi.
Pertandingan yang memasuki musim kesembilan ini tidak dinafikan merupakan medium terbaik mengetengahkan lebih ramai bintang masa depan bola sepak tanah air, sepertimana diakui jurulatih skuad remaja kebangsaan, Dato’ Richard Scully.
Selain tahap kompetitif yang semakin mencabar di mana tiada lagi dominasi pasukan tertentu, Liga KPM turut menyaksikan beberapa pembaharuan pada tahun ini terutamanya menerusi pengenalan Liga Super dan Liga Perdana bagi kedua-dua kategori umur yang dipertandingkan. Â Â Â
Mengimbau saingan tahun 2015, SMK Mutiara Impian muncul juara Piala Sumbangsih, SMK Za’ba menjuarai kategori B-14 dan Sekolah Sukan Bukit Jalil pula mengungguli kategori B-17.
Sementara bagi saingan tahun ini, setelah dua perlawanan kedudukan pendahulu Liga Super B-17 menjadi milik SSM Tunku Mahkota Ismail dengan enam mata, manakala MSS Putrajaya pula muncul pendahulu Liga Perdana B-17 juga dengan enam mata.
Bagi saingan B-14, SMK Seberang Temerloh mendahului kedudukan Liga Super dengan mengutip enam mata, manakala SMK Seri Kota mendahului kedudukan Liga Perdana dengan empat mata.
Berikut adalah jadual perlawanan Liga KPM yang akan berlangsung pada 2 April nanti.
Liga Super (Piala Remaja KPM-FAM, B-17)
SMK ZA’BA (N.SEMBILAN) LWN SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL (JOHOR)
SMK SEKSYEN 11 (SELANGOR) LWN SMK BUKIT NENAS (TERENGGANU)
SMK SYED HASSAN (PERLIS) LWN SMK SEBERANG TEMERLOH (PAHANG)
Liga Perdana (Piala Remaja KPM-FAM, B-17)
MSS PUTRAJAYA LWN SMK MUTIARA IMPIAN (PULAU PINANG)
SMK SERI KOTA (MELAKA) LWN SMK TUN HUSSEIN ONN (JOHOR)
SMK SERI TITIWANGSA (KL) LWN SMK GUNUNG RAPAT (PERAK)
SMK TUNKU ANUM T.A.R (KEDAH) LWN SMK DATUK PETER MONJUNTIN (SABAH)
Liga Super (Piala Menteri Pendidikan, B-14)
SMK ZA’BA (N.SEMBILAN) LWN SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL (JOHOR)
SMK SEKSYEN 11 (SELANGOR) LWN SMK BUKIT NENAS (TERENGGANU)
SMK SYED HASSAN (PERLIS) LWN SMK SEBERANG TEMERLOH (PAHANG)
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL LWN SMK TABUAN JAYA (SARAWAK)
 Liga Perdana (Piala Menteri Pendidikan, B-14)
MSS PUTRAJAYA LWN SMK MUTIARA IMPIAN (PULAU PINANG)
SMK SERI KOTA (MELAKA) LWN SMK TUN HUSSEIN ONN (JOHOR)
SMK SERI TITIWANGSA (KL) LWN SMK GUNUNG RAPAT (PERAK)
SMK TUNKU ANUM T.A.R (KEDAH) LWN SMK DATUK PETER MONJUNTIN (SABAH)