Oleh Ku Mohd Lufti
Namun, ia sudah memadai untuk PKNS FC kekal di kedudukan ketiga, dengan 30 mata manakala Negeri Sembilan di tangga kelima dengan 26 mata.
Di Stadium Proton Tanjung Malim, DRB Hicom FC mengutip tiga mata selepas menewaskan Kuala Lumpur 1-0, hasil jaringan pemain import, Kim Jin Ryong menerusi sepakan penalti pada minit ke-38.
Pemain import dari Korea Selatan itu menyempurnakan sepakan penalti setelah dikasari kapten pasukan lawan, Ahmad Azlan Zainal dalam kotak penalti. Kuala Lumpur, bagaimanapun kekal di tangga keempat, sementara DRB-HICOM ketujuh.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang sebelum ini berada di tangga tercorot liga, naik satu anak tangga selepas mengalahkan UiTM FC 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, petang tadi.
ATM memperoleh jaringan menerusi Khasan Abdukarimov pada minit ke-40 dan 65, disusuli Muhd Faiz Ibrahim pada minit ke-83. Gol tunggal UiTM FC dijaringkan Nik Syafiq Syazwan pada minit ke-31.
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang menyaksikan Sabah mengutip tiga mata untuk berada di kedudukan kesembilan selepas menewaskan Sime Darby FC 2-1, menerusi jaringan Maxsius Musa pada minit ke-75 dan Leopold Alfonso (minit ke-78).
Sime Darby memperoleh jaringan tunggal melalui Mateo Roskam pada minit ke-17 dan kekalahan itu menyaksikan pasukan berkenaan berada di kedudukan tercorot liga.