Malaysia terus gagal meraih kemenangan di Dubai selepas kecundang 0-4 di tangan tuan rumah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai.
Dengan aksi yang longlai pada separuh masa pertama berkemungkinan faktor cuaca sekitar 33 darjah celcius tampak menganggu tumpuan pemain pemain negara.
UAE kendalian Bert van Marwijk mendahului hasil kelekaan pertahanan negara apabila hantaran jauh rakan sepasukan tepat ke kaki Ali Ahmed Mabkhout yang mengawal dengan kemas sebelum menewaskan Aidil Zafuan Abdul Radzak dan penjaga gol, Farizal Marlias.
Kelibat Guilherme de Paula yang mengemudi jentera serangan tampak gagal untuk mencari ruang menembusi kubu pertahanan tuan rumah malah seringkali longlai ketika berdepan pemain lawan.
Percaturan Cheng Hoe memasukkan Syafiq Ahmad menggantikan Nor Azam Azih tampak membuahkan hasil untuk menggerakkan barisan depan.
Namun kelekaan pertahanan membuka ruang kepada UAE untuk menambah derita Harimau Malaya menerusi Fabio Lima di minit 83.
Ali Mabkhout dan Fabio terus menekan barisan pertahanan yang hilang fokus apabila masing masing menambah satu lagi gol di masa tambahan selepas tamat masa penuh untuk keputusan muktamad 4-0 memihak UAE.
Kemenangan ini meletakkan UAE ditangga kedua, berkongsi 9 mata dengan Thailand dan Malaysia yang menghuni kedudukan ketiga dan keempat.
Dalam pada itu, jaringan Evan Dimas memastikan Indonesia mengikat Thailand dua sama di Stadium Rashid Al Maktoum.
Narubodin Weerawatnodom meletakkan Thailand mendahului 1 gol sebelum Kadek Agung menyamakan kedudukan namun Adisak Kraisorn kembali meletakkan Thailand mendahului 2-1 sebelum Evan Dimas mengecewakan Gajah Perang sekaligus pulang dengan satu mata.