Corak permainan anak didik Kim Pan Gon lebih meyakinkan ketika Harimau Malaya kecundang di tangan Jordan dalam aksi pembukaan kumpulan E pada Isnin.
Corak serangan yang lebih tenang dipamerkan pemain pemain dan peluang keemasan hampir terbuka untuk Malaysia membuka tirai gol di awal permainan apabila aksi kelam kabut di dalam kotak penalti Bahrain gagal dimanfaatkan Dion Cools apabila ‘placing’ yang dilakukan melewati palang.
Peluang kedua sekali lagi dijelmakan pada minit ke 15, bermula dengan tandukan Corbin Ong menemui Faisal Halim yang bijak mengatasi pertahanan lawan namun bola terhidang yang disudahkan Arif Aiman ditepis Ebrahim Luthfalla.
Bahrain turut memiliki peluang untuk mengegar gawang Malaysia namun Cools, Dominic Tan dan Shahrul Saad kental menyerap asakan lawan menyaksikan tiada jaringan tercipta pada babak pertama perlawanan.
Minit ke 54, peluang seakan akan terbuka untuk Malaysia mencetak gol di minit 54, namun pengadil perlawanan, Al Kaf Ahmed tidak melayan desakan Arif Aiman bola terkena tangan pertahanan Bahrain.
Ketika perlawanan seakan akan berkesudahan dengan keputusan seri, Ali Madan muncul wira Bahrain apabila melepaskan rembatan rendah menewaskan Syihan Hazmi di masa tambahan selepas tamat masa penuh sekaligus memberikan kekalahan kedua untuk Malaysia dalam saingan Piala Asia.
Malaysia menghuni tangga tercorot kumpulan E sementara Bahrain dengan 3 mata. Skuad kendalian Kim Pan Gon akan melengkapkan jadual perlawanan menentang Korea Selatan pada Khamis.Â