Allianz Malaysia continues to reinforce its position as the title sponsor for the Allianz Pacesetters 4x3km at a press conference held today at the Kiwanis Down Syndrome Foundation National Centre in Petaling Jaya.
Zakri Khir, CEO of Allianz Malaysia Berhad and Wan Yew Leong, President of the Pacesetters Athletic Club addressed guests at the press conference. Pacesetters Athletic Club is the biggest running club in Malaysia and is the organiser of Allianz Pacesetters 4x3km 2015 while Allianz Malaysia is the second time title sponsor of the event.
The run will be held at Padang Merbok, Kuala Lumpur on 17 October 2015 and is expected to attract 250 teams comprising of four runners in each team, as compared to 200 teams last year.
“Running is one of the most participated sports activities in the country. We hope that through the sponsorship of the Allianz Pacesetters 4x3km 2015, we are able to provide a positive platform for everyone to join us as we promote a healthy lifestyle and balanced living among Malaysians and others alike,” said Zakri Khir, CEO of Allianz Malaysia Berhad.
Allianz Pacesetters 4x3km 2015 will have five different categories; Men’s Open, Women’s Open, Under 26 Men, Under 26 Women and Kiwanis Pace It Forward. Under Kiwanis Pace It Forward, a minimum donation of RM1,000 is required by each team. 100% of the donations received will be contributed to the Kiwanis Down Syndrome Foundation.
Below are the participating fees according to the category:
Category | Number of Teams | Fees (RM) / per team |
A – Men Open | 60 | 200 |
B – Women Open | 30 | 200 |
C – Under 26 Men | 60 | 120 |
D – Under 26 Women | 30 | 120 |
E – Kiwanis Pace It Forward | 70 | 1,000 donation |
For category A, B, C & D, Pacesetters members enjoy RM10 discount per member in a team.
“We are looking forward for many to participate in this 4x3km run as it is not only an interesting relay race that promotes a healthy lifestyle, but it is also for a good cause. Through this, we also hope that Down Syndrome will get the awareness it deserves,” said Zakri.
For more information and registration, please visit www.myraceonline.com . Closing date for registration is 16 September 2015 or when the participating teams reach 250, whichever comes earlier.
Allianz Malaysia menaja Pacesetters 4x3km bagi tahun kedua
Allianz Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai penaja utama Allianz Pacesetters 4x3km di sidang media yang diadakan hari ini di Sindrom Down Kiwanis Foundation – Pusat Kebangsaan di Petaling Jaya, Selangor.
Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad dan Wan Yew Leong, Presiden Pacesetters Athletic Club mengalu-alukan kedatangan tetamu di sidang media. Pacesetters Athletic Club adalah kelab larian yang terbesar di Malaysia dan merupakan penganjur Allianz Pacesetters 4x3km 2015 manakala Allianz Malaysia adalah penaja kali kedua bagi acara ini.
Acara larian ini akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 17 Oktober 2015 dan dijangka akan menarik 250 pasukan yang terdiri daripada empat pelari dalam setiap pasukan, berbanding dengan 200 pasukan tahun lepas.
“Larian adalah salah satu aktiviti sukan yang paling aktif di negara ini. Kami berharap melalui tajaan Allianz Pacesetters 4x3km 2015, kami dapat menyediakan satu platform positif untuk anda menyertai kami kerana kami menggalakkan gaya hidup yang sihat dan seimbang di kalangan rakyat Malaysia dan lain-lain,” kata Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekuitf Allianz Malaysia Berhad.
Terdapat lima kategori yang berbeza untuk larian Allianz Pacesetters 4x3km 2015; Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Bawah 26, Wanita Bawah 26 dan Kiwanis Pace It Forward. Di bawah Kiwanis Pace It Forward, sumbangan sekurang-kurangnya RM 1,000 diperlukan dari setiap pasukan. 100% daripada sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada Sindrom Down Kiwanis Foundation.
Berikut adalah yuran pendaftaran bagi setiap kategori:
Kategori | Jumlah pasukan | Yuran (RM) / per setiap pasukan |
A – Lelaki Terbuka | 60 | 200 |
B – Wanita Terbuka | 30 | 200 |
C – Lelaki Bawah 26 | 60 | 120 |
D – , Wanita Bawah 26 | 30 | 120 |
E – Kiwanis Pace It Forward | 70 | sumbangan1,000 |
Bagi kategori A, B, C & D, ahli Pacesetters boleh menikmati diskaun sebanyak RM10 bagi setiap ahli dalam satu pasukan.
“Kami menantikan jumlah penyertaan yang tinggi dalam larian 4x3km kerana ia bukan sahaja satu acara larian berganti yang menggalakkan gaya hidup yang sihat, tetapi juga untuk tujuan yang baik. Melalui aktiviti ini, kami juga berharap kesedaran tentang Sindrom Down dapat disebarkan,” kata Zakri.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke www.myraceonline.com . Tarikh tutup pendaftaran ialah 16 September 2015 atau apabila 250 pasukan telah berdaftar, yang mana terdahulu.