Amirul Ariff Musa

Mohd Amirul Ariff Musa akui cukup gembira dengan peluang beraksi dalam saingan kelas Asia Production 250 (AP250) yang baru diperkenalkan pada musim ini namun tidak menafikan masih banyak yang perlu dipelajari bagi mencapai keputusan lebih baik terutama menjelang pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, 4 hingga 7 Jun ini.

Pelumba T.Pro Yuzy Honda NTS itu memperaga aksi kompetitif pada pusingan pembukaan di Sepang dengan memulakan perlumbaan dari barisan kedua  namun bernasib malang apabila terpaksa menarik diri seawal pusingan pertama pada Perlumbaan 1 sebelum berjaya bangkit untuk menamatkan Perlumbaan 2 di kedudukan ke-11.

Dengan lima mata yang diperoleh, Amirul muncul pelumba Malaysia kedua terbaik dalam senarai keseluruhan AP250 dengan menghuni tangga ke-14 manakala pelumba Finson Yamaha Racing, Kasma Daniel Kasmayuddin di kedudukan ketujuh dengan 15 mata.

Sementara itu kedudukan teratas milik pelumba AP Honda Racing Thailand, Apiwat Wonghananon dengan 45 mata, diikuti Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) dan Vorapong Malahuan, masing-masing dengan 38 mata dan 36 mata.

“Beraksi dalam kelas AP250 merupakan satu pengalaman baru dalam karier perlumbaan saya. Meskipun masih banyak perkara yang perlu dipelajari namun saya yakin kami mampu menghadapinya terutama dengan kesungguhan pasukan berusaha untuk mendapatkan jentera yang terbaik,” jelas Amirul.

Bercakap tentang sasaran di Litar Sentul, hujung minggu ini, Amirul berkata, “Kami perlu mengumpul seberapa banyak data dan mempelajari selok belok litar dan jentera serta cuba beraksi lebih pantas seawal sesi latihan lagi. Dari situ barulah kami dapat meletakkan sasaran berdasarkan kemampuan yang ditunjukkan. Apa yang penting, saya mahu mengekori rapat pelumba yang menggunakan jentera Kawasaki dan pelumba Honda yang lain untuk mempelajari teknik dan kemahiran mereka terutama di selekoh.”

“Cuma, perlumbaan di Sentul mungkin lebih sukar memandangkan pelumba Indonesia mempunyai banyak kelebihan termasuk sokongan padu penyokong mereka. Saya mengharapkan jurutera pasukan dapat menyediakan jentera terbaik dan kami bersama-sama akan memberikan yang terbaik sepanjang minggu ini, mudah-mudahan dapat menamatkan perlumbaan di atas podium,” tambahnya

 

AMIRUL ADMITS STEEP LEARNING CURVE IN NEW AP250 CLASS

Mohd Amirul Ariff Musa says he has never felt better to compete in the newly introduced Asia Production 250cc (AP250) but acknowledges there is a lot learn as he heads to Indonesia for the second leg of the FIM Asia Road Racing Championship this weekend.

The T.Pro Yuzy Honda NTS rider displayed a competitive pace in the season opener at Sepang to qualify for second row but luck ran out on him when he was forced to retire from Race 1 in the opening lap before bouncing back to finish Race 2 11TH.

Picking up five points, Amirul is currently the second best Malaysian in the AP250 standings, 14TH overall while Finson Yamaha Racing’s Kasma Daniel Kasmayuddin sits in seventh with 15 points.

Meanwhile AP Honda Racing Thailand’s Apiwat Wonghananon leads the championship with 45 points, ahead of Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) and Underbone graduate, Vorapong Malahuan with 38 points and 36 points respectively.

“Competing in the AP250 is a new chapter to my career. We have a huge learning curve ahead with this being a new class but I feel confident knowing the team is determined, committed and focused about developing the machine. I believe our rivals approach every race hoping to learn something new as well,” said Amirul.

Speaking about his objectives at the Sentul Circuit this weekend, Amirul commented, “Our priority will be to learn the maximum from the bike during the practice sessions, understand the package, and extract as much performance possible. From there we will evaluate our abilities and set a target for the race. If possible I want to to close the gap on the Kawasaki and Honda riders and learn their moves, racing lines and braking points.” 

“All in all, the race at Sentul will be an uphill battle being the Indonesian homeground, but I’ll be working flat-out with my engineers to get the bike set up as best we can, and together, we’ll fight right until the last moment to get the most out of the weekend, hopefully on the podium,” he added.

- Advertisement -