Dimana pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang sepatutnya menjaga kebajikan pemain pemain?

Tunggakan gaji sejak Februari dan berterusan sehingga ke saat ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Laporan media tempatan mendedahkan KFA berdepan krisis kewangan susulan Covid 19 ditambah dengan ‘pergolakan’ politik negeri Kedah kerana proses perubahan kepimpinan.

Ada pemain yang seakan akan memberi bayangan awal berhasrat untuk meninggalkan Lang Merah.

Penyerang import, Kpah Sherman antara yang masih bersafar dengan ‘lakonan’ KFA dan tidak berhasrat untuk melanjutkan isu ini kepada badan induk bolasepak dunia FIFA seperti yang dilakukan bekas pemain import Kelantan, Cassio.

KFA hanya membayar 40% gaji pemain pada Februari dan selepas itu tiada perkhabaran terkini tentang tunggakan yang berlaku.

 

 

- Advertisement -