Masalah kewangan meruncing dihadapi oleh kebanyakan pasukan yang mengambil bahagian dalam Liga Malaysia seolah tiada noktahnya.
Belumpun separuh musim pelbagai cerita kurang enak mengenai kekeringan dana dan tunggakan gaji menular mencuri perhatian dan ia adalah kisah yang berulang saban tahun seperti sebuah drama bersiri.
Sejak dari era semi pro hinggalah ke hari ini zaman yang dikatakan bolasepak Malaysia sudah professional malah kononnya berada dalam landasan tepat untuk melalui penswastaan, tiada tanda-tanda situasi ini akan berubah.
Sejak beberapa tahun kebelakangan, pelbagai situasi telah dapat disaksikan dan dirujuk kepada pihak FAM dan PFAM.Â
Ada pasukan mengalami masalah kewangan dan menutup terus operasi tanpa meninggalkan sebarang masalah berbangkit, contohnya Real Mulia FC.
Ada pasukan menutup operasi tetapi pelbagai masalah berbangkit di kemudian hari dan menyusahkan anggota skuad sama ada pemain ataupun pegawai pasukan, umpamanya Kuantan FA.
Ada pasukan yang sedar diri dan beroperasi dengan skala lebih kecil seperti Sime Darby FC.
Ada pasukan menanggung hutang, tidak membayar gaji tetapi terus beroperasi dengan perumpamaan seperti âhidup segan, mati tak mahuâ seperti Perlis.
Tetapi yang lebih popular adalah pasukan yang diketahui menanggung hutang berjuta ringgit, begitu liat mahu selesaikan gaji tertunggak beberapa bulan atau hutang-hutang lain tetapi berterusan merekrut pemain dan jurulatih baru dan rancak mempersiapkan pasukan untuk musim baru seperti Pulau Pinang dan Kelantan.
Banyak lagi situasi yang boleh disebut tetapi ini adalah beberapa situasi popular. Pokoknya, ianya adalah disebabkan masalah kewangan.
Tetapi apabila terjadinya situasi sebegini , siapa yang wajar dipersalahkan?
Pemain yang âdemandâ gaji gila-gila tinggi; pengurusan yang tidak cermin kemampuan diri sehingga sanggup menawarkan gaji rambang mata; penaja yang tidak menepati janji; penyokong atau badan pengelola yang tidak tegas?
Sebenarnya semua memainkan peranan tetapi âmain culpritâ sudah tentunya pihak pengurusan yang mempunyai kuasa membuat keputusan â pincang pengurusan maka pincanglah perjalanan pasukan.
Ini kerana pengurusan bertanggungjawab mengadakan perbincangan dengan pemain atau jurulatih, menawarkan dan menandatangani kontrak dan setiap keputusan yang mereka buat akan memberi kesan kepada kantung kewangan persatuan.
Boleh dikatakan banyak pasukan tidak melihat implikasi di hari mendatang sebaliknya apa yang mereka mahu, hasrat mereka mendapatkan pemain tertentu direalisasikan dengan apa sahaja cara. Boleh bayar atau tidak, tiada dalam pertimbangan mereka.
Ianya mengejutkan untuk mengetahui ada pemain yang berstatus veteran dan menunggu saat menggantung but menerima RM70,000 sebulan ataupun mungkin lebih dan dia juga merupakan antara pemain bergaji paling lumayan dalam Liga-M musim ini.
Ini menampakkan betapa ceteknya ilmu bolasepak di pihak pengurusan untuk menawarkan bayaran setinggi itu kepada pemain di penghujung karier dan inilah antara punca utama krisis kewangan tampak tiada kesudahan.
Pasukan bukan tiada duit, tetapi mereka tidak pandai membelanjakan duit itu dengan cara betul maka berlakulah pembaziran dan kekeringan dana.
Tahun 2019 akan menjadi tahun yang lebih mencabar buat beberapa pasukan terutamanya yang bergantung harap kepada dana kerajaan negeri ataupun pusat seperti Terengganu, Kedah, Perak, Melaka United, Felda United dan Felcra FC.
Pasukan-pasukan ini juga antara yang menawarkan gaji tinggi kepada pemain-pemain mereka selain PKNS FC dan Pahang, ramai juga pemain tempatan bergaji lebih dari RM40,000 hingga RM70,000 dan ini adalah harga yang sangat tidak boleh diterima akal.
Dengan 2018 sudah begitu hampir melabuhkan tirainya, eloklah sekiranya pengurusan setiap pasukan melihat semula struktur kewangan dan merancang perjalanan pasukan mengikut kemampuan.
Lihat kantung, cermin diri, tawarkanlah gaji mengikut kemampuan. Jika bajet yang ada sekadar cukup untuk menawarkan RM10,000 kepada seorang pemain, maka tidak perlulah menjanjikan bulan dan bintang kepada pemain dan tidak perlulah beroperasi seperti memiliki dana puluhan juta ringgit.
Kita tidak mahu isu-isu tunggakan gaji berulang lagi pada 2019. – OLEH MUHAMMAD AIMAN