Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) mengesahkan temasya bagi Sukan Para ASEAN akan dilangsungkan pada 11 Disember 2021.
Bagi edisi ke 11 yang berlangsung pada tahun ini, APSF mengesahkan akan mempertandingkan 11 jenis sukan.
Laporan media tempatan, delegasi Vietnam dan Lembaga Pentadbir APSF mengadakan mesyuarat kali ke 23 menerusi sidang video semalam dan turut dihadiri 10 lagi wakil Persatuan Paralimpik negara negara ASEAN termasuk Malaysia.
APSF pada Mei tahun lalu mengumumkan pembatalan bagi temasya Sukan Para ASEAN ke 10 yang sepatutnya berlangsung pada penghujung tahun 2019 di Filipina susulan masalah kewangan yang membelenggu tuan rumah di tambah dengan penularan wabak Covid 19 tahun lalu.
Persatuan Paralimpik Vietnam Huynh Vinh Ai ketika mesyuarat itu menekankan isu keselamatan melibatkan atlet yang bertanding susulan pandemik Covid 19 yang masih melanda global ketika ini.
Vietnam yang akan menjadi tuan rumah juga turut membentangkan pelan persiapan sebelum temasya itu berlangsung dan mengumumkan 11 jenis sukan yang akan dipertandingkan.
Sukan sukan tersebut adalah olahraga, renang, angkat berat, badminton, ping pong, chess, memanah, goalball, tenis berkerusi roda, bocia dan judo.
Kesemua 11 sukan ini akan dilansungkan di sekitar bandar Hanoi dimana venue sukan sukan ini berada alam radius kurang 10 km dan berhampiran dengan Stadium My Dinh yang dipilih sebagai venue bagi upacara pembukaan dan penutup serta sukan olahraga.
Manakala empat sukan; bola keranjang berkerusi roda, bolasepak CP, berbasikal dan bola tampar duduk berada dalam senarai menunggu.
Tambah Vinh Ai lagi, persiapan bagi menghadapi temasya dwi tahunan itu bergantung kepada keadaan semasa penularan wabak Covid 19.
Namun Persatuan Paralimpik Vietnam akan mengikuti peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan kerajaan Vietnam.