Rekod tercipta di kejohanan badmi8ton 100PLUS Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Final yang menyaksikan pemain kelahiran Kota Belud, Sabah, Arena Satu Samin meraih mempertahankan gelarannya dalam acara perseorangan perempuan bawah 16 tahun.
Arena yang juga juara sirkit pertama dan kedua Zon A, tidak diberi laluan mudah sebelum muncul juara dengan kemenangan 17-21, 21-14, 21-16 ke atas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Isabel Liau Bei Yi.
“Pergerakan dan nafas tidak begitu baik kerana sebelum ini jadual perlawanan saya disebelah petang, jadi masa untuk berehat sedikit pendek.
“Saya dapat menyesuaikan diri di set kedua dan sudah tahu rentak lawan untuk memastikan kemenangan hari ini,”kata Arena.
Final perseorangan lelaki menyaksikan Ong Ken Yon dari Melaka meraih gelaran pertama peribadinya selepas menundukkan juara sirkit pertama Zon A, Demond Anthony Samin dari Sabah dengan keputusan straight set 22-20, 23-21.
“Gelaran juara pertama untuk saya sudah tentu sesuatu yang membanggakan dan menjadi pembakar semangat.
“Demond pantas dan mempunyai kemahiran yang baik. Saya hanya mengikuti rentak permainannya dan menanti peluang untuk meraih mata,”kata Ken Yon.
Aksi bergu lelaki memperlihatkan dominasi gandingan Rayner Beh Chun Meng – Goh Boon Sze dari Pulau Pinang yang melakar kemenangan 21-17, 11-21, 21-16 untuk mengetasi pasangan BAM Muazzam Danish Hanafi – Muhd Haikal Nazri.
Melengkapkan aksi final kategori bawah 16 tahun, pasangan kembar dari Kedah, Cheng Su Hui – Cheng Su Yin dari Kedah yang muncul juara bagi acara bergu perempuan.
Pasangan yang berasal dari Alor Setar ini menamatkan aksi final dengan kemenangan 21-11, 21-11 ke atas Goh Pei Kee – Isabel Liau Bei Yi dari BAM.
“Lawan kami nampak gemuruh sepanjang permainan. Kami hanya fokus pada perlawanan dan perancangan yang ditetapkan. Sudah tentu kami berbangga untuk menang sebagai pasangan kembar,” kata Cheng Su Hui.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Norza Zakaria.
Turut hadir, Setiausaha BAM, Datuk Ng Chin Chai dan Pengurus Penajaan dan Pengaktifan 100PLUS Engku Isyamuddin Tuan Losin.Â
Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan merupakan platform buat pemain pemain muda dari seluruh negara untuk menimba pendedahan diperingkat awal.
Kejohanan yang ditaja oleh 100PLUS ini melibatkan kesemua pemain pemain dari semua negeri di Malaysia dan dipecahkan kepada tiga zon.
Sirkit pertama berlangsung pada bulan Mac diikuti Mei bagi sirkit kedua dan Grand Final yang berlangsung dari 4 hingga 8 Julai di Seremban menjadi pentas akhir untuk menoktahkan kejuaraan bagi kategori bawah 12, 14 dan 16 tahun dalam acara perseorangan serta bergu lelaki dan perempuan edisi 2018.
Keputusan Perlawanan
Bawah 12 Tahun
Perseorangan lelaki
Yeow Chun Her kalahkan Lok Hong Quan 21-14, 17-21, 21-11
Perseorangan perempuan
Siti Zulaikha Mohd Azmi Tan kalahkan Tan Zhing Hui 21-11, 21-15
Bergu lelaki
Aaron Tai Wei Qin-Yeow Chun Cher kalahkan Toh E Hern / Wee Yee Tern 21-19, 24-22
Bergu perempuan
Carmen Ting Wei Men-Dania Sofea Zaidi kalahkan Ang Jia Yee-Adiyna Anuar 22-20,  21-9
Bawah 14 tahun
Perseorangan lelaki
Muhd Fazriq Mohd Razif – Justin Hoh Shou Wei 21-19, 21-13
Perseorangan perempuan
Lee Xin Jee – Goh Shuen Tong 21-9, 11-21, 21-11
Bergu lelaki
Justin Hoh Shou Wei-Muhd Fazriq Mohd Razif kalahkan Choi Jian Sheng / Dylan Ooi Ding Sheng 21-12, 21-16
Bergu perempuan
Lee Xin Jee-Tai Jo Yi kalahkan Oh Jia Qi –P. Bhavatharani  21-19, 21-14
Bawah 16 tahun
Perseorangan lelaki
Ong Yen Kon kalahkan Demond Anthony Samin 22-20,23-21
Perseorangan perempuan
Arena Satu Samin – Isabel Liau Bei Yi 17-21, 21-14, 21-16
Bergu lelaki
Rayner Beh Chun Meng – Goh Boon Zhe kalahkan Muazzam Danish Hanafi – Muhd Haikal Nazri  21-17, 11-21, 21-16
Bergu perempuan
Cheng Su Hui-Cheng Su Yin kalahkan Go Pei Kee / Isabel Liau Bei Yi 21-11, 21-11