Tiada kata yang sesuai selain terima kasih kepada pemain badminton kelahiran Jepun, Kento Momota yang mengumumkan persaraan daripada arena badminton antarabangsa secara rasmi.

Pemain berusia 29 tahun itu mengumumkannya pada hari ini menerusi sidang media dimana beliau akan bersama skuad Jepun untuk mengharungi saingan Piala Thomas 2024 yang akan berlangsung di Chengdu, China.

Momota menjelaskan beliau cuba untuk kembali ke prestasi asalnya ketika memegang status sebagai salah satu pemain pilihan selain menduduki ranking nombor satu dunia, namun segala usaha yang diberikan tampak tidak membuahkan hasil.

‘Mimpi’ ngeri Momota bermula apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 2020 selepas mengesahkan status sebagai juara Malaysia Masters ketika itu.

Beliau terpaksa menjalani rawatan dan bergelut untuk kembali ke prestasi sebenar malah gagal untuk melayakkan diri ke Olimpik 2024 susulan kecederaan yang seringkali melanda pemain itu.

Kento Momota mencipta sejarah menjadi pemain Jepun pertama menjuarai Kejuaraan Dunia pada 2018 malah turut mempertahankan gelaran itu pada tahun berikutnya.

Beliau bagaimanapun masih belum menggantung raket sepenuhnya, sebaliknya memilih untuk aktif di kejohanan tempatan selain membantu mana mana individu yang berminat untuk menceburi sukan.

- Advertisement -