Senario yang hampir sama ketika Malaysia menentang Thailand di peringkat separuh akhir. Namun situasi sedikit berbeza kerana Vietnam dibantu dengan peraturan jaringan di tempat lawan.
Diatas kertas, The Golden Dragons hanya perlukan keputusan seri untuk memastikan gelaran juara menjadi milik mereka sekaligus menamatkan penantian sejak pertama kali memenanginya pada 2008.
Manakala Malaysia wajib menang di Stadium Kebangsaan My Dinh untuk mengesahkan status selaku juara bagi edisi 2018.12.12
Cheng Hoe masih belum mengalah dengan keputusan seri yang terhasil di Bukit Jalil malam tadi sebaliknya meluahkan peluang masih ada untuk Malaysia dalam perlawanan 90 minit terakhir pada Sabtu.
“Kami melepaskan jaringan kerana sebab yang sama seperti di Hanoi, iaitu kurangnya fokus. Tetapi sebagai Ketua Jurulatih perlu memperbaiki kesilapan dan masih ada 90 minit lagi di Hanoi,”kata Tan Cheng Hoe
Ketiadaan Aidil Zafuan serta Syazwan Andik yang masih dibelenggu kecederaan manakala Syahmi Safari digantung satu perlawanan ternyata memberi kesan terhadap benteng pertahanan negara yang gagal menyekat serangan pantas pemain Vietnam.
Petikan komen Tan Cheng Hoe selepas perlawanan akhir pertama Malaysia dan Vietnam
“Amirul Azhan dan Irfan Zakaria telah bermain sehabis baik tetapi kita tahu Vietnam mempunyai pemian dan kualiti permainan yang lebih baik dan saya berpuas hati dengan persembahan pemain pemain dan keputusan malam ini (semalam),”kata Cheng Hoe lagi.
Mengulas tentang aksi di Hanoi pada Sabtu, Cheng Hoe optimis meskipun tidak ramai penyokong yang akan turun berbanding ketika di Stadium Nasional Bukit Jalil, pemain pemain tetap mampu untuk menyerap tekanan sekaligus mencapai keputusan postif.