Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak menolak pemain pertahanan, Amirul Azhan Adnan bakal membuat penampilan dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang Vietnam Selasa depan.

Bagi Cheng Hoe, Amirul mempunyai kualiti dan mempu menggalas tugas yang ditinggalkan oleh Muhd Syahmi Safari yang digantung satu perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning ketika saingan separuh akhir kedua menentang Thailand.

“Berkemungkinan Amirul Azhan akan diturunkan dan Adam Norazlin juga berkemungkinan untukditurunkan dan kita perlu lihat sesi latihan yang ada ketika ini,”kata Tan Cheng Hoe.

 

 

Tambahnya, beliau turut memuji persembahan Irfan Zakaria yang diturunkan sekaligus menggantikan Aidil Zafuan yang mengalami kecederaan ketika Malaysia seri dengan Thailand di Bangkok.

Bagi Cheng Hoe, tidka adil untuk menilainya dalam keputusan yang singkat meskipun Irfan menjaringkan gol sendiri sekaligus meletakkan Thailand mendahului satu gol ketika separuh akhir kedua.

Chneg Hoe terus mengingatkan pemain pemain untuk terus fokus sepanjang latihan dan memastikan keputusan yang positif terhasil di Bukit Jalil didepan penyokong setia Harimau Malaya kelak.

Dalam pada itu, perkhabaran positif apabila penyerang, Safawi Rasid dilihat menampakkan perkembangan positif sementara pemantauan terus dilakukan terhadap Syazwan Andik dan Aidil Zafuan 

- Advertisement -