Mahu atau tidak, Malaysia perlu menelan hakikat terpaksa menanti lagi dua tahun untuk merampas Piala AFF sekaligus menambah kemarau untuk muncul juara selama 10 tahun.
Impian untuk muncul juara di Hanoi musnah selepas Nguyen Anh Duc merobek gawang Malaysia seawal minit keenam.
Gol tunggal tersebut bertahan sehingga wisel penamat menyaksikan Vietnam kendalian Park Hang Seo muncul juara dengan kemenangan 3-2 menerusi aggregat.
Namun, jaringan tersebut mencetus kontroversi apabila pemain pemain negara mendakwa salah seorang pemain Vietnam berada di dalam kedudukan ofsaid, namun pengadil perlawanan, Alireza Faghani mengesahkan jaringan Anh Duc.
âTiga kali kita dibolosi gol awal. Itu sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran dan keyakinan kita untuk bangkit tetapi kali ini kita tidak menjaringan gol untuk menyamakan kedudukan walaupun kita dapat beberapa peluang.
âSaya rasa kita patut menyamakan kedudukan kerana ia mampu bantu kita mencapai kemenangan.
âPemain pemain telah berikan yang terbaik. Harap pada masa akan datang, pemain pemain dapat belajar sesuatu daripada kejohanan ini,âkata Tan Cheng Hoe
Komen Tan Cheng Hoe di sidang media selepas perlawanan final kedua
Cheng Hoe enggan mengulas panjang berhubung insiden jaringan ofsaid oleh Nguyen Anh Duc di minit keenam, dan terpaksa menerima keputusan itu.
âGol tersebut dijaringkan oleh pemain nombor 11 (Nguyen Anh Duc) tetapi jika dilihat semula ulang tayang, saya tidak mahu komenâŚSaya perlu terima ia adalah jaringan,âkata Cheng Hoe lagi.
Meskipun ketinggalan diawal permainan, Malaysia tetap garang memcari peluang terhidang dan hampir menyamakan kedudukan, namun percubaan Mohamadou Sumareh tersasar.
Sebelum tamat separuh masa pertama, pemain pertahanan, Syahmi Safari turut dihidang peluang terhidang untuk menyamakan kedudukan namun rembatannya dinafikan penjaga gol Vietnam Dang Van Lam.
Biarpun dihidangkan dengan beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan, namun ketumpulan penyudah didepan gawang terus menghantui Tan Cheng Hoe menyaksikan kedudukan 1-0 memihak Vietnam kekal hingga tamat perlawanan.
Ini adalah kejuaraan kedua The Golden Dragons selepas julung kali memenanginya pada 2008,