Kecederaan dialami oleh pemain tengah Perak, Kenny Palraj Davaragi ketika aksi final Piala Malaysia menentang Terengganu pada Sabtu lalu tidak membimbangkan.

Ketika dihubungi Sports247, pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe menyatakan pemain itu diyakini akan kembali cergas sepenuhnya dalam masa beberapa hari lagi tatkala dia sedang mempersiapkan skuad untuk aksi persahabatan menentang Maldives pada 3 November.

Dengan 25 daripada 26 pemain sudahpun melapor diri, Cheng Hoe meluahkan rasa lega dan dia berpendapat ini akan membantu kelancaran membentuk skuad beraksi di Piala AFF Suzuki 2018 bermula 8 November nanti.

ā€œSemuanya lancar ketika ini, pemain-pemain melapor diri tanpa sebarang isu seperti kecederaan kecuali hanya Kenny yang mengalami kecederaan ringan. Tinggal hanya Akhyar (Rashid) yang akan melapor diri selewatnya pada Selasa, jadi saya fikir ini adalah petanda positif,ā€ ujar Cheng Hoe.

Mengenai desakan penyokong dan peminat bolasepak tempatan yang masih mempersoalkan mengenai ketiadaan beberapa pemain seperti Laā€™vere Corbin Ong, Brendan Gan serta beberapa pemain Terengganu yang menyerlah sepanjang musim ini, ini jawapan Cheng Hoe.

ā€œSeperti saya pernah katakan, 26 pemain ini adalah terbaik yang menepati citarasa dan strategi permainan saya, jadi sebab itu saya fikir tidak ada keperluan memanggil pemain lain.

 

 

ā€œKelompok pemain ini telah dipanggil dan berlatih bersama di kem kebangsaan sejak beberapa bulan, kalau ada pemain lain yang dipanggil dalam masa satu atau dua minggu sebelum Piala AFF itu tidak akan membantu skuad. Akan ambil masa untuk bentuk keserasian dan memahami apa saya mahukan.

ā€œJadi saya fokus pada pemain-pemain yang ada, mereka menunjukkan kesungguhan tinggi dan ianya sesuatu yang bagus untuk pasukan. Cuma mereka sudah bermain sepanjang musim dan sebagai jurulatih saya khuatir mereka keletihan dari segi fizikal dan mental tetapi saya yakin semua mahu merebut tempat dalam skuad akhir.

ā€œYang penting semua pemain akan diberi peluang yang adil, perlawanan menentang Maldives akan menjadi medan terakhir untuk saya buat penilaian mencari kesebelasan utama tetapi ia bukan mudah kerana perlawanan persahabatan ā€˜Aā€™ hanya enam pertukaran boleh dibuat. Pastinya ia akan menyukarkan saya untuk memilih 23 pemain nanti,ā€ kata Cheng Hoe.

Cheng Hoe akan mengumumkan senarai 23 pemain skuad Piala AFF Suzuki selepas perlawanan menentang Maldives manakala cabaran di Piala AFF Suzuki akan bermula pada 8 November menentang Kemboja kendalian Keisuke Honda di Phnom Penh. MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -