Pemain tengah Thailand, Sanrawat Dechmitr melaungkan keyakinan betapa pasukannya tidak akan mengulangi aksi ālonglaiā apabila melayan kunjungan Harimau Malaya di Stadium Rajamangala Bangkok, Rabu ini dalam perlawanan timbal balik separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.
Thailand tampil kurang bertenaga dengan aksi tidak lebih dari sebuah pasukan āsederhanaā pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu yang berkesudahan seri tanpa jaringan.
Aksi di hadapan lebih 87,000 penyokong itu menyaksikan pasukan negara mendominasi perlawanan sepenuhnya sekaligus membuatkan Thailand hilang punca sepanjang permainan dan dikerah menerapkan corak permainan defensif.
Malah jika tidak kerana ketumpulan penyudah di barisan depan Harimau Malaya diketuai Zaquan Adha Abdul Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha, perjuangan Thailand mungkin sudah berkubur lebih awal.
Mengakui kecewa dengan kualiti permainan ditunjukkan pada aksi itu, Sanrawat menegaskan segalanya akan berubah Rabu ini dengan Thailand akan menterjemahkan kredibiliti sebenar mereka.
āMemang saya akui ia satu persembahan yang buruk, kami bertahan dan menunjukkan satu permainan membosankan, banyak melakukan kesilapan, terlalu banyak memberi ruang kepada pemain Malaysia dan kurang mencipta peluang.
āSaya sendiri tidak boleh terima kualiti yang ditunjukkan itu dan kami tidak boleh mengulanginya jika tidak mahu dikecewakan. Kami sedar tiada pilihan selain menang dan keyakinan saya tinggi kami akan menang aksi kedua nanti.
āKami akan kembali kepada corak permainan menyerang yang semua orang kenali. Kami mungkin gagal untuk membawa pulang gol tempat lawan tetapi saya menganggap kelebihan tetap milik Thailand, ianya di tangan kami bukannya Malaysia,ā ujar Sanrawat.
Di atas kertas, sememangnya Thailand dianggap pilihan hangat untuk melakar kemenangan dan melangkah ke final buat kali keempat berturut-turut sejak 2012 apatah lagi dengan rekod gah di gelanggang sendiri yang mana mereka sudahpun meledak 14 jaringan sepanjang kempen Piala AFF Suzuki 2018.
Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe pula memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri 1-1 untuk meneruskan kemaraan dan menempah tiket di pentas final buat kali keempat. MUHD AIMANĀ