Tiada cerita baru daripada kem Harimau Malaya kerana Tan Cheng Hoe masih belum memutuskan siapakah 23 pemain yang akan menggalas tugas bagi kempen Piala AFF 2018 yang dijadual bermula minggu depan.

Tan Cheng Hoe mengakui sedikit resah untuk menamakan senarai akhir kerana masih menilai aspek kecergasan dan prestasi khususnya bersama barisan kejurulatihan lain.

“Ada diantara mereka yan masih dinilai untuk senarai 23 pemain akhir kerana kami perlu mendapatkan laporan perubatan daripada sesetengah pemain dan tahap kecergasan dua atau tiga pemain ,”kata Tan Cheng Hoe

Aksi persahabatan antarabangsa terakhir, Malaysia melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Maldives di Bukit Jalil sekaligus menebus kekecewaan tewas 0-1 kepada Kyrgyztan di Melaka.

Jaringan pembukaan hadir menerusi Zaqwan Adha Abd Razak di minit ke 16 hasil umpanan Norshahrul Idlan Talaha sebelum pemain gantian Safawi Rasid melebarkan kedudukan di minit 81.

Gawang Maldives bolos dipenghujung perlawanan ketika permainan memasuki masa tambahan menerusi penyudah kemas Mohamadou Sumareh.

 

 

Disebalik kemenangan yang diraih, masih wujud kelemahan yang terus menghantui tan Cheng Hoe.

“Pemain lawan juga bertahan dengan baik dari aspek pertahanan dan secara keseluruhannya pemain pemain mencuba yang terbaik untuk memenangi perlawanan dan pada masa yang sama masih kurang tenang dan fokus serta banyak kehilangan bola dipenghujung perlawanan.

“Pasukan lawan melakukan serang balas dan hampir menjaringkan gol tetapi secara keseluruhan pemain pemain menunjukkan semangat yang baik dan komited,”kata Tan Cheng Hoe lagi.

Tiga aksi persahabatan yang telah dilalui Harimau Malaya menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe menang 4-1 ke atas Sri Lanka sebelum tewas 0-1 kepada Kyrgyztan dan bangkit dengan kemenangan selesa ke atas Maldives.

Malaysia akan membuka kempen Piala AFF Suzuki 2018 menentang Kemboja pada 8 November di Phnom Penh. KU MOHD LUFTI 

 

- Advertisement -