Pertahanan kanan meningkat naik, Syahmi Safari menganggap skuad Harimau Malaya hanya akan dapat mengalahkan juara bertahan Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 Sabtu ini jika semua pemain dapat membuang jauh tanggapan bahawa pasukan itu jauh lebih bagus.

ā€œSemua tahu mereka sebuah pasukan kuat dan berkualiti tetapi kita tidak perlu memikirkannya. Kita hanya perlu bermain mengerah kudrat sebaik mungkin dan menggandakan usaha lebih dari apa yang ditunjukkan ketika menentang Myanmar.

ā€œJangan terlalu hormat jika tidak kita susah nak dapatkan kualiti permainan yang baik. Hanya dengan menyingkirkan tanggapan seperti itu, kita boleh tewaskan Thailand dan saya percaya ianya tidak mustahil,ā€ kata Syahmi.

Nama Syahmi mungkin tidak begitu dicanang oleh ramai penyokong Harimau Malaya, namun gandingannya bersama penyerang sayap, Mohamadou Sumareh di sayap kanan semakin menunjukkan keserasian.

Malah pada pertemuan menentang Myanmar lalu, gol pertama yang dijaringkan oleh Malaysia merupakan hasil hantaran tepat Syahmi kepada Sumareh sebelum disudahkan oleh Norshahrul Idlan Talaha.

Selain itu, komitmen yang ditunjukkan olehnya ketika menahan asakan pemain Myanmar juga mendapat pujian ramai. Dan perlawanan pada sabtu ini, Tan Cheng Hoe semestinya menagih persembahan yang sama daripada Syahmi untuk mengekang kemaraan skuad Gajah Perang.

Syahmi juga sempat berkongsi episod malangnya, yang sering merekodkan kekalahan apabila menentang Thailand bersama skuad bawah umur negara.

Perkara itu akan dijadikan motivasi buatnya untuk menundukkan mereka apatah lagi bakal beraksi di hadapan lebih 80,000 penyokong tegar Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

ā€œSepanjang mewakili skuad B-19 dan B-23 negara, saya tidak pernah menewaskan Thailand. Jadi, ini satu peluang untuk kami berbuat sesuatu bagi menundukkan Thailand, ianya pasti sesuatu yang manis kerana

Thailand adalah juara bertahan dan pilihan memenangi kejuaraan,ā€ katanya lagi.
Setakat ini, Syahmi telah tampil dalam kesemua empat perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2018. MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -