Kehangatan menjelang aksi final pertama Piuala Suzuki AFF 2018 diantara Malaysia dan Vietnam bertukar genting sepanjang pagi Ahad di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Keadaan yang tenang meskipun dibanjiri peminat yang berada di perkarangan kaunter tiket sejak semalam hanya bertahan selama lima minit sebaik kaunter tiket dibuka jam 9.53 pagi bagi penjualan baki 40 000 keping tiket.
Suasana mula tidak terkawal apabila segelintir penyokong yang tidak bertanggung jawab mencari peluang peluang terbuka untuk menyelit masuk ke dalam barisan.
Tidak kurang sikap tidak profesional sebahagian penyokong yang beratur di bahagian belakang, menolak barisan di depan untuk menimbulkan suasana kecoh.
Tinjauan di kaunter tiket A mendapati keadaan semakin tidak terkawal ditambah dengan beberapa individu yang terpaksa diusung keluar kerana pengsan.
VIDEO SITUASI PENJUALAN TIKET PERLAWANANÂ
Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tiba diperkarangan Stadium kira kira jam 1030 pagi disusuli ambulans untuk mententeramkan keadaan serta memberi rawatan kepada yang memerlukan.Â
Kira kira jam 11.15 pagi, Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM menerusi kenyataan media di laman sosial mengesahkan kesemua 80 000 keping tiket perlawanan bagi final pertama yang akan berlangsung pada Selasa depan telah habis dijual sepenuhnya.
Kritikan terhadap FAM, pihak berkuasa tempatan serta pengurusan stadium dihamburkan pelbagai pihak diatas kegagalan untuk meyusun atur pelan atau perancangan terhadap kawalan keselamatan untuk memastikan keadaan dan urusan jual beli tiket berjalan dengan lancar.
Pengalaman menjadi tuan rumah pada 1996, 2010, dan 2014 seharusnya dijadikan panduan dalam memastikan sistem yang leboih efisien, namun tiada perubahan yang dapat dilihat.
VIDEO SITUASI PENJUALAN TIKET PERLAWANANÂ