Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tampak resah dengan keadaan pemain tengah, Muhd Akhyar Abdul Rashid yang masih belum cergas sepenuhnya dengan baki kurang seminggu sebelum kempen Piala Suzuki AFF bermula minggu depan.
Pemain yang beraksi untuk pasukan Kedah itu disahkan masih belum cergas dan sah tidak akan diturunkan bagi aksi persahabatan antarabangsa ‘A’ menentang Maldives malam esok.
“Dua atau tiga hari lalu, Kenny Palraj mengalami kecederaan ringan dan Akhyar Rashid masih belum bersedia dari segi kecergasan dan esok dia tidak akan beraksi dan kita akan lihat keadananya selepas perlawanan serta tiga pemain yang digugurkan nanti,”kata Tan Cheng Hoe.
Dalam pada itu, Cheng Hoe mahu pemain pemain memberikan aksi yang terbaik malam esok meskipun Maldives dijangka membariskan pemain pemain yang rata ratanya berusia 20 an.
Ia dianggap penting buat bekas pembantu ketua jurulatih ketika membawa Malaysia muncul juara Piala AFF pada 2010.
“Untuk saya masih tetap penting untuk pemain pemain mengikuti corak permainan yang telah dirancang kerana sejak dari awal kita dapat lihat prekembangan yang baik daripada pemain.
“Justeru esok pemain pemain perlu bangkit dan menunjukkan permainan yang baik kerana ianya merupakan persiapan terakhir buat sebelum ke kempen Piala Suzuki AFF 2018,”kata Cheng Hoe lagi. – OLEH KU MOHD LUFTI