Kelegaann pastinya terpancar diwajah pemain dan barisan kejurulatihan Malaysia selepas tamat saingan peringkat kumpulan Piala AFF 2018 yang menyaksikan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir selepas berada di kedudukan kedua kumpulan A dibelakang Vietnam.

Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe menyifatkan Malaysia mempamer aksi yang lebih baik berbanding ketika menentang Vietnam.

Namun, ia bukan bermakna pemain pemain sudah mampu tersenyum lebar keran masih ada kekurangan yang perlu diberi perhatian sebelum aksi pertama separuh akhir minggu depan.

“Kami turun hanya dengan satu misi, meraih kemenangan dan pemain menunjukkan kesungguhan sejak awal permainan. Tetapi masih ada beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki menjelang aksi separuh akhir nanti,” kata Cheng Hoe di sidang media selepas perlawanan menentang Myanmar semalam.

Perkembangan positif dilihat ketika aksi menentang Myanmar semalam dan Cheng Hoe melihat Mohamadou Sumareh menampakkan peningkatan yang semakin positif.

 

 

Dalam pada itu, Cheng Hoe berpendapat kritikan susulan kekalahan kepada Vietnam  menaikkan lagi semangat juang pemain pemain untuk mencari kemenangan ke atas Myanmar.

“Kritikan itu semua merupakan kritikan yang membina. Mereka (penyokong) sayangkan pasukan negara. Dan saya akui kekalahan kepada Vietnam tempoh hari memberi pasukan motivasi yang sangat baik,” katanya lagi. KU  MOHD LUFTI 

- Advertisement -