Foto – FAM

 

Kehangatan bagi saingan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF diantara Malaysia dan Thailand cukup jelas dirasai apabila kesemua 80 ribu keping tiket telah habis dijual.

Menerusi kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baki jualan tiket secara fizikal di kaunter di Stadium Nasional Bukit Jalil dan cawangan terpilih Al Ikhsan Sports dan Football Republic hari ini telah habis dijual.

Ia termasuk pembelian secara atas talian (online) yang dijual pada Isnin dan Selasa lalu juga telah habis dijual.

Jumlah sebenar penonton yang akan hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama pada Sabtu malam akan diketahui ketika dipenghujung babak perlawanan untuk mengetahui adakah kehadiran penonton pada 1 Disembe depan mengatasi rekod kehadiran lebih 83 000 penonton yang hadir ketika aksi terakhir kumpulan A diantara Malaysia dan Myanmar minggu lalu.

Dalam pada itu, ranking Malaysia menyaksikan perubahan positif apabila naik dua anak tangga.

Ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA hari ini menyaksikan Malaysia menduduki tangga ke 167 berbanding 169 pada 25 Oktober lalu.

 

- Advertisement -