Kapten skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Razak mengharapkan rakan rakan sepasukan memanfaatkan kelebihan dan kemampuan masing masing ketika keadaan dan waktu yang tepat.

Malah, beliau seringkali menekankan aspek keserasian dikalangan pemain pemain yang dipanggil ketika sesi latihan pusat kendalian Tan Cheng Hoe samada di dalam atau diluar padang.

“Kita sudah berada di fasa terakhir kem sebelum Piala Suzuki AFF. Sebelum menjelang Piala Suzuki AFF ini kita perlukan keserasian  antara satu sama lain ketika dalam padang.

 

 

“Masa masa hampir kemuncak ini  kita perlukan keharmonian dalam pasukan dan dari aspek teknikal masing masing ada kemampuan tersendiri,”kata Aidil selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Nilai.

Kehadiran abangnya, Aidil Zafuan yang dipanggil Tan Cheng Hoe bagi kem latihan pusat terakhir skuad Harimau Malaya, sebagai adik, Zaquan pastinya mengharapkan pengalaman yang dimiliki dikongsi bersama.

“Saya selalu tekankan, setiap pemain ada kelebihan sendiri. Walaupun Aidil masuk dalam pasukan, pengalaman yang dia ada membantu juga untuk pemain pemain junior. 

“Saya mengharapkan impak yang positif daripada Aidil menerusi pengalaman yang dia ada boleh dibawa dan dikongsi bersama2 dan kelebihan masing masing digunakan pada waktu dan masa yang tepat,”kata Zaquan lagi.

Malaysia akan mengharungi aksi persahabatan antarabangsa ‘A’ menentang Maldives di Bukit Jalil pada 3 November sebelum memulakan kempen Piala Suzuki AFF 2018 peringkat kumpulan bertemu Kemboja pada 8 November di Phnom Penh. KU MOHD LUFTI 

 

- Advertisement -