Oleh Muhammad Aiman
Di atas kertas, Kemboja sepatutnya tidak menghadirkan resah buat kem negara.
Skuad kerdil yang dianggap lawan paling lemah dalam Kumpulan B itu tidak pernah menewaskan Malaysia sejak 46 tahun lalu dan mahupun dianggap sebagai lawan yang perlu diambil serius oleh pasukan seperti Malaysia.
Namun, itu semua cerita dulu. Menjelang aksi pembukaan Piala AFF Suzuki menentang pasukan ranking kelima Asia Tenggara itu pada Ahad, ianya Malaysia yang berada dalam mood berjaga-jaga agar tidak diaibkan.Â
Sama ada bolasepak negara itu semakin menunjukkan peningkatan, atau bolasepak Malaysia yang merudum dari hari ke hari, kita kini sudah dianggap sama tahap dengan pasukan seperti Kemboja dan Laos yang dahulunya sinonim sebagai pasukan belasahan.
Pahit untuk diterima, tetapi itulah realitinya. Jika dahulunya tajuk-tajuk berita sebelum perlawanan berbunyi âMalaysia yakin benam Kembojaâ, âHarimau dijangka tidak berdepan masalahâ ataupun âMalaysia punyai kualiti tundukkan Kembojaâ, hari ini situasinya sudah berubah.
Tajuk-tajuk seperti âMalaysia bakal berdepan cabaran sukar Kembojaâ, âKim Swee waspadaâ, âAwas ancaman Kembojaâ menceritakan hakikat tersebut malah ketua pasukan, Amri Yahyah sendiri mengakuinya dengan menyatakan Kemboja pada hari ini bukan lagi skuad yang pernah menjadi âlaukâ Malaysia antaranya dibelasah 4-1 (2014), 6-0 (2007), 5-0 (2002), 7-2 (1999) dan 9-0 (1995).
âSaya tidak pernah bermain menentang mereka, tapi saya tahu mereka bermain laju. Kami akan menonton dan menganalisa video perlawanan mereka untuk menghalang Kemboja menerapkan corak taktikal yang mereka kehendaki. Kita tidak boleh lakukan kesilapan dan menutup segala ruang,â kata Amri.
Justeru, Amri yang juga merupakan pemain paling senior dalam pasukan berpendapat adalah penting semua rakan sepasukan bersedia sepenuhnya terutama dari segi mental bagi menangani tekanan tinggi mencari kemenangan di perlawanan pembukaan.
Untuk rekod, Kemboja menunjukkan prestasi positif dengan mencatat tiga kemenangan dalam aksi kelayakan untuk mara ke Piala AFF Suzuki kali ini namun tewas 0-1 kepada Singapura dalam perlawanan pemanas badan terakhir Ahad lalu.
Malaysia pula beraksi hambar namun mencatat kemenangan 2-1 ke atas Papua New Guinea pada Isnin lalu, sekaligus menyuntik sedikit keyakinan untuk mengharungi kejohanan di Myanmar.
Harapan peminat, pemerhati mahupun pengkritik juga cukup tinggi. Sebanyak manapun kritikan atau pandangan pesimistik dilemparkan, sudah tentunya ia adalah untuk melihat bolasepak negara terus mengorak langkah ke depan dan maju setanding gergasi bolasepak Asia yang lain.
Kepada Kim Swee dan barisan pemain Harimau Malaysia, kami ucapkan selamat berjuang. Mulakan kempen dengan kemenangan, setinggi manapun peningkatan Kemboja, buktikan kita adalah jauh lebih baik dari mereka.
Pulanglah dengan kebanggaan atau bersedialah untuk dikritik.