aff16_161123_ts_khmvmmr_match_011

Oleh Muhammad Aiman

Tuan rumah, Myanmar kembali dalam persaingan merebut tempat ke separuh akhir setelah bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Kemboja 3-1 dalam aksi Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwanna, Yangon pada Rabu.

Sepertimana ketika menentang Malaysia, ianya Kemboja yang terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan awal Sos Suhana pada minit ke-15.

Hasrat Kemboja melakar kejutan bagaimanapun tidak kesampaian apabila Myanmar, diiringi sorakan padu lebih 20 ribu penyokong tempatan bangkit menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh empat minit menerusi Zaw Min Tum.

Min Tum meledak pada minit ke-36 dan 40 untuk skuad bimbingan Gerd Zeise itu mendahului 2-1 di separuh masa pertama sebelum Aung Thu melengkapkan kemenangan 3-1 pada minit ke-56.

Dengan kemenangan ini, Myanmar melonjak ke tangga kedua, menolak Malaysia ke tangga ketiga menerusi beza jaringan justeru keputusan seri pada aksi terakhir menentang pasukan negara sudah memadai untuk mereka melangkah ke separuh akhir.

Manakala Malaysia yang tewas 0-1 kepada Vietnam, tiada pilihan selain wajib menang jika mahu sasaran ke separuh akhir tercapai.    

- Advertisement -