Beraksi di halaman sendiri sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada pemain tenis negara, Mohd Assri Merzuki dalam memotivasikan dirinya untuk lebih berusaha menggapai sasaran yang ditetapkan di temasya Sukan SEA ke 29 Ogos depan.
Pemain kebangsaan itu mensasarkan pingat tanpa mengira warna medal sebagai sasaran peribadinya pada temasya sukan dwitahunan yang berbaki 25 hari sahaja lagi
“Semestinya dengan beraksi di halaman kita sendiri menjadikan saya lebih bersemangat dan Insya Allah dengan adanya penyokong yang datang terutamanya keluarga dan kawan-kawan menjadi faktor motivasi yang besar kepada saya untuk menang.
“Pada sukan SEA yang lepas (Sukan SEA Singapura), kita hanya meraih pingat gangsa sahaja bagi ‘team event’, jadi untuk KL2017 ini secara individu, saya nak capai apa-apa medal untuk diri saya sendiri,” ,” katanya ketika ditemui di Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur 2017, hari ini di Kompleks Tenis Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Bagi penyertaan beliau dalam Sukan SEA kali ini, selain Assri, seorang lagi pemain negara akan menggalas tugas Syed Mohd Agil Syed Naguib dari Negeri Sembilan.
Menjelaskan mengenai persiapan menjelang sukan SEA KL2017 ini, pemain berusia 23 tahun itu berkata, “Kita ada sekurang-kurangnya 25 hari sahaja lagi jadi, sekarang saya mahu lebih fokus kepada permainan beregu bersama Syed Agil saja kerana sebelum ni pasangan saya baru sahaja pulih dari kecederaan,” katanya lagi.
Bekas pemain tenis lelaki No.1 negara itu juga turut berharap menerusi kejohanan ini, jurulatihnya Muliyadi Jamal dapat menyenaraikannya untuk beraksi dalam acara individu yang menjadi pilihannya.
Di kejohanan Terbuka KL ini, Mohd Assri melepasi peringkat awal selepas menang ke atas Mohd Fazron Zainol dengan kemenangan straight set 6-0, 6-0.
Berikut lain lain keputusan bagi perlawanan pusingan kedua Kejohanan Terbuka KL2017 setakat jam 6 petang.
David Agung Susanto vs Wan Abd Aziz (6-0,6-2)
Syed Mohd Agil vs Mohd Saiful (6-0 ,6-1)
Christian Oliver Lee vs Dania A.Farid (4-6,6-1,6-1)
Shaheed Alam vs Viveck Mehar (6-0,6-0)
Roy Hobbs vs Mohd Nur Amin (6-3,6-3)
Iskandar Afiq vs Ashraf Safian (3-6,6-3,6-2)
Ruhil Amal vs Sean Leong (6-0,6-1)
Jimmy Liong vs Harun Hamzah (3-6,6-4,6-2)