BERBAKI hanya tujuh hari lagi sebelum tirai saingan PETRONAS Le Tour de Langkawi 2023 (LTdL) akan disingkap pada Peringkat 1 Kerteh ke Kuala Terengganu sejauh 187.4km, 23 September ini.
Dalam kesibukan penganjur, Majlis Sukan Negara (MSN) membuat persiapan fasa terakhir, teka-teki mengenai bentuk persaingan yang akan dapat dilihat nanti terus menarik perhatian peminat berbasikal tempatan dan antarabangsa.
Ini kerana profil laluan yang dipilih penganjur kali ini, menyukarkan mana-mana pakar dan pemerhati untuk membuat ramalan, lebih-lebih lagi dengan adanya dua peringkat (Peringkat 3 Jeli-Baling dan Peringkat 5 Slim River-Genting Highlands) yang mampu mempengaruhi kedudukan pelumba dan keseluruhan strategi perlumbaan yang akan digunakan.
Persamaan di antara Astana Qazaqstan dan EF Education-EasyPost bagi saingan edisi ke-27 dalam LTdL 2023 ini adalah kedua-duanya pasukan elit berstatus WorldTeam dan turut mengambil bahagian pada jelajah edisi ke-26 tahun lalu.
Begitupun, dengan senarai pelumba yang dibawa ke LTdL kali ini, jelas masing-masing mempunyai pendekatan berbeza, di mana Astana dilihat lebih cenderung untuk memburu kemenangan peringkat manakala EF Education tampak memilih untuk cuba menguasai gelaran individu (GC) dan berpasukan keseluruhan.
Persoalannya apakah dengan reputasi WorldTeam, Astana dan EF Education akan mudah menggapai matlamat masing-masing? Tidak sama sekali kerana ada banyak pasukan bawahan dalam ProTeam dan Continental tampil dengan senarai pelumba yang tidak kurang garangnya, sama ada apabila menempuh laluan berbukit mahupun ketika pecutan beramai-ramai ke garisan penamat.
Berdasarkan senarai terakhir pelumba setakat ini, EF Education yang hampa apabila pelumbanya Hugh Carthy tercicir 27 saat di belakang pemenang Ivan Sosa dari Movistar pada tahun lalu, kali ini menyandarkan harapan kepada pakar pendakinya, Simon Carr dan Jefferson Cepeda Ortiz manakala Astana masih mempertaruhkan daya pecutan pemenang Peringkat 1 tahun lalu, Gleb Syritsa yang akan dibantu Martin Laas.
Mampukah EF Education mengekang asakan pasukan seperti Euskaltel-Euskadi yang menyenaraikan enam pendaki diketuai Mikel Iturria dan Mikel Bizkarra; selain Caja Rural-Seguros RGA dengan Eduard Prades Reverter dan Calum Johnston; dan Green Project-Bardiani CSF-Faizane yang menampilkan empat pendaki, termasuk Davide Gabburo yang pernah menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan keempat dalam Giro dâItalia tahun lalu.
Dari sudut lain, akan tercapaikah hasrat Astana untuk menguasai garisan penamat menerusi pecutan deras Syritsa?
Ia juga dilihat sukar buat pasukan itu kerana pasukan seperti Team Corratec-Selle Italia menurunkan pakar pecutnya, Attilio Viviani; Human Powered Health dengan Adam De Vos, malah pasukan Terengganu Polygon Cycling Team juga masih menaruh kepercayaan kepada Harrif Saleh, selain Raymond Kredder yang menyarung jersi JCL Team Ukyo.
Selain Syritsa, De Vos dan Harrif masing-masing pernah mencatatkan kemenangan peringkat ketika pecutan beramai-ramai sebelum ini, dan kali ini Harrif tampak lebih bersemangat selepas gagal melakukannya dalam perlumbaan edisi 2022. Dua peringkat awal yang dianggap landai adalah medan terbaik buat pelumba negara itu menambah koleksi kemenangannya dalam LTdL.
Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL 2023, Emir Abdul Jalal berkata, amat sukar untuk membuat ramalan dalam LTdL dan ia tidak terkecuali bagi perlumbaan edisi ke-27 tahun ini.
âAda banyak faktor yang perlu diambil kira oleh pelumba, tidak kira sama ada dia dari pasukan berstatus WorldTeam atau ProTeam kerana pasukan dianggap kecil Continental Team juga mempunyai peluang yang sama rata untuk meraih kemenangan.
âTidak semua percaturan strategi awal akan menjadi kenyataan kerana setiap pasukan mempunyai misi berbeza dan ia berubah setiap hari, bergantung kepada kecergasan pelumba itu sendiri kerana kemalangan dan gagal menamatkan perlumbaan (DNF) boleh merencatkan perancangan sesebuah pasukan.
âKelebihan memihak kepada beberapa pasukan yang pernah berlumba dalam LTdL sebelum ini kerana mereka ada pengalaman yang boleh digunakan pada peringkat tertentu.
âTetapi tiga pasukan ProTeam dari Sepanyol iaitu Caja Rural, Equipo Kern Pharma dan Euskaltel tidak pernah berlumba di Malaysia, sama juga pasukan muka baru seperti Tudor Pro Cycling (Switzerland) dan Bolton Equities Black Spoke Pro Cycling (New Zealand).
âMampukah mereka cepat menyesuaikan diri dengan cuaca panas ekstrem yang boleh bertukar kepada hujan dalam sekelip mata, selain bentuk muka bumi dan permukaan jalan raya dalam LTdL ini?. Faktor ini semua perlu diambil kira,â kata Emir.
Bertemakan âBeat The Heatâ, LTdL 2023 dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi MSN dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), membabitkan jarak keseluruhan 1,278.1km, yang akan melewati 11 daripada 12 buat negeri di Semenanjung.
Seramai 132 pelumba daripada 22 pasukan akan mengambil bahagian dalam perlumbaan yang menutup tirainya di pekarangan Menara Berkembar PETRONAS (KLCC) pada 30 September nanti.
Â
SENARAI PASUKAN LTDL 2023Â
BIL. | PASUKAN | KATEGORI | NEGARA DIDAFTARKAN |
1. | ASTANA QAZAQSTAN TEAM | UCI WORLD TEAM | KAZAKHSTAN |
2. | EF EDUCATION-EASYPOST | UCI WORLD TEAM | USA |
3. | CAJA RURAL-SEGUROS RGA | UCI PROTEAM | SEPANYOL |
4. | EQUIPO KERN PHARMA | UCI PROTEAM | SEPANYOL |
5. | EUSKALTEL â EUSKADI | UCIPROTEAM | SEPANYOL |
6. | GREEN PROJECT – BARDIANI CSF – FAIZANE | UCI PROTEAM | ITALI |
7. | TEAM CORRATEC â SELLE ITALIA | UCI PROTEAM | ITALI |
8. | HUMAN POWERED HEALTH | UCI PROTEAM | USA |
9. | TUDOR PRO CYCLING TEAM | UCI PROTEAM | SWITZERLAND |
10. | BOLTON EQUITIES BLACK SPOKE PRO CYCLING | UCI PROTEAM | NEW ZEALAND |
11, | TERENGGANU POLYGON CYCLING TEAM | UCI CONTINENTAL | MALAYSIA |
12. | 7ELEVEN CLIQQ – AIR21 BY ROADBIKE PHILIPPINES | UCI CONTINENTAL | FILIPINA |
13. | NUSANTARA CYCLING TEAM | UCI CONTINENTAL | INDONESIA |
14. | HENGXIANG CYCLING TEAM | UCI CONTINENTAL | CHINA |
15. | LI NING STAR | UCI CONTINENTAL | CHINA |
16. | GIANT CYCLING TEAM | UCI CONTINENTAL | CHINA |
17. | ST GEORGE CONTINENTAL CYCLING TEAM | UCI CONTINENTAL | AUSTRALIA |
18. | KSPO PROFESSIONAL | UCI CONTINENTAL | KOREA SELATAN |
19. | JCL TEAM UKYO | UCI CONTINENTAL | JEPUN |
20. | ROOJAI ONLINE INSURANCE | UCI CONTINENTAL | THAILAND |
21. | THAILAND CONTINENTAL CYCLING TEAM | CONTINENTAL | THAILAND |
22. | MALAYSIA NATIONAL TEAM | CONTINENTAL | KEBANGSAAN |