pemain badminton wanita Jepun, Ayaka Takahashi dijangka menggantung raketnya secara rasmi sekaligus bakal meninggalkan arena badminton.
Laporan media tempatan, pengumuman mengenai persaraan pemain berusia 30 tahun itu kan diadakan dalam masa terdekat.
Kejayaan terbaik Takahashi adalah menaiki podium selaku pemenang pingat emas di Sukan Olimpik Rio 2016 dimana gandingannya dengan Misaki Matsumoto menewaskan gandingan Denmark, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl.
Alasan berhubung keputusan Takahashi untuk meninggalkan arena badminton tidak dinyatakan namun ia berkemungkinan berkaitn dengan peluangnya untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Berdasarkan keadaan semasa peluang untuk Ayaka Takahashi-Misaki Matsumoto layak sekaligus beraksi di laman sendiri tampak tipis.
Mereka menghuni tangga ketujuh dunia, manakala dua lagi bergu Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dan Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara menghuni tangga kedua dan ketiga.
Dengan jurang mata yang terlalu jauh ditambah pandemik Covid 19 yang masih belum menampakkan sebarang tanda positif, pemain kelahiran Nara ini melihat peluangnya untuk merebut slot ke Tokyo 2020 semakin sukar.
Gandingan Taka-Matsu ‘dikesan’ sejak di bangku sekolah lagi dimana Ayaka dan Misaki berada di sekolah yang sama dan memenangi lima kejohanan kebangsaan dri 2011 hingga 2016.
Perlawanan terakhir adalah ketika di Seluruh England dimana Taka-Matsu melangkah sehingga peringkat separuh akhir sebelum ditewaskan gandingan senegara, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota.