azizulhasni

Oleh Ku Mohd Lufti

Pelumba trek negara, Azizul Hasni Awang membutirkan pingat gangsa pertama Malaysia selepas meraih tempat ketiga dalam acara berbasikal trek keirin final.

Azizul bagaimanapun gagal menempatlan diri ke pusingan kedua selepas menduduki tempat ke 5 di pusingan pertama saringan ketiga sekaligus memaksanya untuk beraksi di pusingan repechage.

Pelumba kelahiran Terengganu ini bagaimanapun berjaya menempatkan diri ke pusingan kedua selepas menduduki tempat pertama dalam saingan repechage, menewaskan Hugo Barrette (Kanada), Theo Bos (Belanda) dan Pavel Kelemen (Republik Czech).

Dalam saingan pusingan kedua Azizul Hasni yang beraksi di saringan pertama menamatkan perlumbaan ditempat ke 3 dibelakang Matthijs Buchli (Belanda) dan Kenny Jason (Great Britain) sekaligus mengesahkan slot ke final bersama sama tiga lagi pelumba Joachim Eilers (Jerman), Damian Zielinski (Poland) dan Fabian Hernando Puerta Zapata (Colombia) yang memenangi saringan kedua.

Di perlawanan final, perlumbaan terpaksa dihentikan sebanyak dua kali selepas pelumba terlebih dahulu melakukan henjutan sebelum garisan yang ditetapkan.

Perlumbaan pertama melibatkan Jason Kenny dan Azizul manakala perlumbaan kedua melibatkan Fabian Hernando dan Joachim, namun kesemua pelumba dibenarkan berlumba selepas pegawai pertandingan mengadakan perbincangan dengan pengurus pengurus pasukan.

Azizul bermula dengan baik diawal apabila berada didepan pacer namun kesilapannya di dua pusingan terakhir mengundang padah apabila gagal membaca gerakan Jasin Kenny.

Henjutan Jason diikuti pelumba pelumba lain menyaksikan Azizul berada di kedudukan keempat pada satu ketika.

Namun dipusingan terakhir, Azizul melepaskan segala kudratnya dengan henjutan terakhir sekaligus menamatkan perlumbaan Keirin ditempat ketiga sekaligus meraih gangsa.

Ini merupakan pingat pertamanya di pentas Olimpik selepas gagal melakukannya di London 2012 dan Beijing 2008.

Setakat ini, Malaysia meraih satu pingat perak dan satu pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio 2016.

- Advertisement -