Impian pelumba trek negara, Azizul Hasni Awang untuk meraih pingat berkecai apabila sekadar menamatkan saingan bagi kedudukan 1 – 6 di tempat terakhir.

Azizul yang berada didepan pada satu ketika mudah dipintas lima pelumba lain termasuk Matt Glaetzer yang terus mengekalkan kedudukan untuk muncul juara Kerin individu lelaki.

Lewis Oliva dari Wales kedua untuk pingat perak manakala Edward Dawkins dari New Zealand melengkapkan podium selaku pemenang pingat gangsa.

‘Untuk pusingan pertama dan kedua, semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Teknik saya juga sempurna dan jurulatih (John Beasly) juga kagum.

‘Sebelum final, waktu rehat terlalu pendek, ada 15 minit sahaja dan tidak sempat untuk recover. Saya hanya fokus untyuk kawal pernafasan dan kayuhan.

‘Semasa race, taktikal sudah betul dan saya berada didepan. Namun ketika berlaku henjutan dibelakang, saya dah kehabisan tenaga,’kata Azizul. OLEH KU MOHD LUFTI

KEPUTUSAN PENUH 

 

- Advertisement -