Azlan Shah Kamaruzaman yang sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

Saingan Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, hari ini sedikit mengecewakan setelah tiada pelumba SuperSports 600cc negara berjaya menaiki podium dengan pelumba pilihan, Md Zaqhwan Zaidi gagal meneruskan aksi setelah terjatuh pada peringkat awal perlumbaan.

Kemalangan menimpa pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing pada peringkat awal perlumbaan menyaksikan bendera merah dikibarkan untuk menghentikan perlumbaan dan menyaksikan juara bertahan itu gagal untuk meneruskan aksi sebaik perlumbaan kembali bersambung.

Perlumbaan dimenangi pelumba Yamaha Thailand Racing, Decha Kraisart dengan masa keseluruhan 14’50.833s diikuti Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) dengan masa 14’52.389s. Rakan sepasukan Decha, Chalermpol Polamai ketiga dengan masa 14’53.552s.

Pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin yang beraksi atas tiket wildcard hampir mencipta kejutan apabila berada di kelompok tiga pelumba hadapan namun kekurangan pengalaman menyaksikan pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu akur menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima, keputusan terbaik yang diperoleh pelumba negara.

Aksi kurang bertenaga turut dicatatkan seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan, namun tidak menjejaskan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan dengan kini mengumpul 118 mata.

Azlan Shah Kamaruzaman yang sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

“Minggu ini sangat mengecewakan, bukan prestasi terbaik saya. Keputusan yang dicapai sangat tidak memuaskan, dan saya juga terpaksa bergelut untuk mendapatkan aksi terbaik di litar. Namun, mata yang dikutip minggu ini sangat penting dan memberikan keyakinan kepada saya untuk mengekalkan kedudukan pendahulu sehingga ke penghujung musim,” jelas Azlan.

Pelumba pasukan Onexox TKKR Racing Team dari Malaysia; Md Helmi Azman.

Dalam saingan Underbone 150cc. Md Helmi Azman muncul pelumba tunggal Malaysia yang berjaya menjejakkan kaki di atas podium setelah menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa keseluruhan 18’38.921s, podium kedua pelumba Onexox TKKR Racing itu pada perlumbaan ARRC minggu ini.
Juara milik pelumba tuan rumah, Richard Taroreh (Yamaha Yamalube Jasti Putra Usaha Jaya NHK 549 Kaboci) dengan masa 18’38.349s manakala Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) ketiga, 18’38.959s.

Md Akid Aziz (UMA Racing Yamaha Maju Motor) yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat kekal mendahului senarai keseluruhan dengan 131 mata diikuti Wahyu kedua, 115 mata dan Md Izzat Zaidi (RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang Racing Team) ketiga, 94 mata.

Sementara itu, Gerry Salim (Astra Honda Racing) terus menguasai perlumbaan kelas Asia Production 250cc dengan meraih kemenangan ketujuh pada musim ini sekaligus terus selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 175 mata, 60 mata mengatasi Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing) di kedudukan kedua dengan 115 mata.

 


ARRC – Keputusan Perlumbaan 2

SuperSports 600cc
1 Decha Kraisart (THA) Yamaha Thailand Racing Team 14:50.833s
2 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 14:52.389s
3 Chalermpol Polamai (THA) Yamaha Thailand Racing Team 14:53.552s
4 Dimas Ekky Pratama (INA) Astra Honda Racing Team 14:59.430s
5 Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) Petronas Sprinta Racing 14:59.870s

Kedudukan Keseluruhan
1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 118 mata
2 Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 98 mata
3 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 94 mata
4 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 93 mata
5 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 93 mata

AP250
1 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 20’48.769s
2 Andy Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 20’48.787s
3 Tomoyoshi Koyama (JPN) Rama Honda 20’48.988s
4 Anupab Sarmoon (THA) Yamaha Thailand Racing Team 20’49.045s
5 Rheyzeda Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 20’53.822s

Kedudukan Keseluruhan
1 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 175 mata
2 Anupab Sarmoon (THA) Yamaha Thailand Racing Team 115 mata
3 Takehiro Yamamoto (JPN) Supra Studio Honda Ikazuchi Racing 113 mata
4 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 105 mata
5 Tomoyoshi Koyama (JPN) Rama Honda 102 mata

Pemenang podium Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu 2017 – Dari kiri; Md Helmi Azman (MAS) Onexox TKKR Racing Team, Richard Taroreh (INA) Yamaha Yamalube Jasti Putra Usaha Jaya NHK dan Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia.

UB150
1 Richard Taroreh (INA) Yamaha Yamalube Jasti Putra Usaha Jaya NHK 549 Kaboci 18’38.349s
2 Md Helmi Azman (MAS) Onexox TKKR Racing Team 18’38.373s
3 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 18’38.921s
4 Md Akid Aziz (MAS) Uma Racing Yamaha Maju Motor 18’38.959s
5 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 18’39.050s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 131 mata
2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 115 mata
3 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang Racing Team 94 mata
4 Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 87 mata
5 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 80 mata

- Advertisement -