Azlan Shah Kamaruzaman kembali memperaga aksi terbaik apabila mencatat masa terpantas dalam ketiga-tiga sesi latihan bebas kategori SuperSports 600cc pada hari pertama pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun, hari ini.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu mencatat masa terbaik 2’12.984s pada sesi latihan bebas ketiga mengatasi catatan seorang lagi pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) yang melakukan masa terbaik 2’13.356s.

“Gabungan jentera baharu dan data yang dikumpul ketika sesi ujian persendirian di litar in April lepas banyak membantu saya namun masih ada beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan kerana catatan saya masih jauh daripada rekod litar iaitu 2’12.094s,” jelas Azlan.

“Kami yakin untuk tampil lebih baik berbanding perlumbaan di Australia, namun apa yang membimbangkan ialah keadaan cuaca yang tidak menentu yang boleh menjejaskan prestasi enjin. Walau bagaimanapun, saya percaya dengan keupayaan jurutera pasukan untuk mengatasi masalah yang ada.”

Pelumba Thailand, Keminth Kubo (Yamaha Racing Team Asean) mencatat masa ketiga terpantas dengan masa 2’13.376s diikuti rakan senegara, Ratthapong Wilairot (Yamaha Thailand Racing Team), 2’13.652s manakala pelumba wildcard, Kyosuke Okuda (Army Girl Team MF & Kawasaki) melengkapkan lima peumba terpantas dengan masa 2’13.652s.

Dalam saingan Asia Production 250cc, pendahulu keseluruhan Rheza Danica Ahrens mencatat masa terpantas 2’27.738s mendahului rakan sepasukan Andy Muhammad Fadly dan pelumba Thailand, Muklada Sarapuech.

Sementara itu, Gupita Kresna Wardhana mendahului sesi kelayakan Underbone 150cc dengan catatan masa 2’39.262s diikuti pelumba Malaysia, Mohd Helmi Azman kedua dengan masa 2’39.635s diikuti seorang lagi pelumba Indonesia, Syahrul Amin ketiga dengan masa 2’40.413s. 15 pelumba terbaik sesi kelayakan akan menjalani sesi kelayakan Superpole bagi menentukan kedudukan petak mula untuk perlumbaan akhir.

KEPUTUSAN:

Latihan Bebas:

 

SUPERSPORTS 600cc

1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 2’12.984s

2 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 2’13.356s

3 Keminth Kubo (THA) YAMAHA Racing Team ASEAN 2’13.376s

4 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 2’13.591s

5 Kyosuke Okuda (JPN) ARMY¡GIRL TEAM MF & Kawasaki 2’13.652s

 

AP250

1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 2’27.738s

2 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 2’28.459

3 Muklada Sarapuech (THA) A.P. Honda Racing Thailand 2’28.766s

4 Kritchaporn Kaewsonthi (THA) A.P. Honda Racing Thailand 2’29.528s

5 Reynaldo Chrisantho Ratukore (INA) ONEXOX TKKR Racing Team 2’29.874s

Sesi Kelayakan:

UB150

1 Gupita Kresna (INA) Yamaha Yamalube SND Factory Yamaha 2’39.262s

2 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team Honda 2’39.635s

3 Syahrul Amin (INA) Yamaha Yamalube SND Factory Yamaha 2’40.413s

4 Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All Yamaha 2’40.530s

5 Peerapong Luiboonpeng (THA) Team One For All Yamaha 2’40.647s

 

- Advertisement -