Azroy Hakeem Anuar yang kini bersaing hebat mempertahankan kedudukannya di tangga teratas kategori perdana CP150 mempamerkan kapasiti sebenar jentera pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing apabila pelumba Honda tersebut mencipta rekod terpantas baharu untuk kelas CP150 di Litar Sepang Utara iaitu 1’16.426s.
Berbaki hanya dua pusingan sebelum tamatnya musim 2020, pergelutan antara Azroy dengan rakan karibnya Mohd Helmi Azman dari pasukan Hi Rev SCK Honda Racing menjadi tumpuan utama Pusingan 7 dan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang sedang berlangsung di Litar Sepang minggu ini.
Rekod catatan masa terkini dari Azroy ini memadamkan rekod yang dirakam oleh Mohd Nazirul Izzat Bahauddin di Pusingan 1, iaitu 1’17.384s.
“Walaupun grid permulaan perlumbaan CP150 hanya akan ditentukan selepas sesi SuperPole nanti, saya berasa amat berpuas hati dengan catatan masa sesi kelayakan tadi. Ianya memberikan keyakinan pada diri saya dan juga rakan-rakan sepasukan bahawa kami berada di landasan yang tepat untuk mendapatkan keputusan yang paling optimum dalam perlumbaan Pusingan 7 dan 8 nanti,” kata Azroy.
Catatan masa kedua terpantas di rakam oleh Izam Ikmal Izamli dari Hi Rev SCK Honda Racing, dengan catatan masa 1’17.090s. Mohd Helmi Azman, dari pasukan yang sama, menamatkan sesi latihan di tempat ke-3 dengan catatan 1’17.289s.
Pelumba-pelumba lain yang turut layak ke sesi SuperPole CP150 termasuk Mohd Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohd Khairul Ikhwan Ajis (AHM Motorsports Yamaha), Mohd Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), Mohd Amirul Ariff Musa (Idemitsu Honda Yuzy Racing), Mohd Haziq Mohd Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), Mohd Affendi Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), serta Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan (IPONE Yamaha YY Pang Racing).
Ahmad Fazli Sham yang membawakan kemenangan kejutan pada Pusingan 6 lalu, terpaksa bermula dari petak belakang apabila menghadapi masalah mekanikal semasa sesi kelayakan.
Sesi kelayakan CP125 diungguli oleh Mohd Hafiza Rofa yang mewakili pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan masa 1’22.094s. Mohd Syafieq Aiman Mohd Fauzi, yang juga dari pasukan ONEXOX Racing Team, menamatkan sesi kelayakan di tempat kedua dengan 1’22.267s manakala Mohd Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berada di tempat ketiga dengan 1’22.390s.
Sementara itu, Mohd Idlan Haqimi Raduan dari pasukan Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing mencatat masa terpantas kategori Wira KBS dengan catatan masa 1’23.671s. Dua rakan sepasukan ONEXOX Racing Team, Mohd Izzat Raduan serta Mohd Aeiman Hafidz Shahril mencatat masa kedua dan ketiga dengan 1’24.315s dan 1’24.412s.
ROUND 7 & 8 QUALIFYING RESULTS
CP150
1. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Idemitsu Honda Yuzy Racing) 1’16.426s
2. Izam Ikmal Izamli (Honda, Hi Rev SCK Honda Racing) 1’17.090s
3. Mohd Helmi Azman (Honda, Hi Rev SCK Honda Racing) 1’17.289s
4. Mohd Akid Aziz (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 1’17.617s
5. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha, Team AHM Motorsports Yamaha) 1’17.694s
CP125
1. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team) 1’22.094s
2. Mohd Syafieq Aiman Mohd Fauzi (Yamaha, ONEXOX Racing Team) 1’22.267s
3. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 1’22.390s
4. Mohd Aliff Danial Mohd Asri (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 1’22.495s
5. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang) 1’22.660s
WIRA KBS
1. Mohd Idlan Haqimi Raduan (Honda, Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing) 1’23.671s
2. Mohd Izzat Mohd Raduan (Yamaha, ONEXOX Racing Team) 1’24.315s
3. Mohd Aeiman Hafidz Shahril (Yamaha, ONEXOX Racing Team) 1’24.412s
4. Abdullah Qayyum Abd Razak (Honda, Honda AFB Tech Racing) 1’24.464s
5. Mohd Harith Haziq Zamri (Honda, Castrol Power1 Racing Team) 1’24.692s